Eastcoast Roadtrip Part 1 : Kuala Lumpur - Gua Musang

Описание к видео Eastcoast Roadtrip Part 1 : Kuala Lumpur - Gua Musang

Merentasi 2 Wilayah Persekutuan, 4 daerah dan satu jajahan, dipersembahkan satu road trip membelah Selangor, Pahang dan Kelantan. Perjalanan bermula dari Putrajaya. Namun rakaman bermula dari Kuala Lumpur terus ke daerah Gombak, Selangor. Kami mencecah Pahang selepas melalui terowong Karak (E8) di dalam daerah Bentong, Pahang.

Selepas Tol Bentong, menyusur laluan (68) sehingga bercantum dengan laluan (8) di Bandar Bentong. Dari situ membelah laluan dengan menjejak Raub, Benta, Padang Tengku sebelum memasuki laluan (34) CSR. Laluan (34) masih dalam pembinaan dan yang dilalui adalah terawal dibuka untuk laluan awam. Pun begitu, hanya setakat Merapoh.

Dari kawasan Merapoh (8) terus ke Gua Musang. Dan gelap hari menamatkan rakaman perjalanan walaupun destinasi terakhir adalah Kota Bahru, Kelantan.

Comment Like Share and Subscribe

Комментарии

Информация по комментариям в разработке