Logo video2dn
  • Сохранить видео с ютуба
  • Категории
    • Музыка
    • Кино и Анимация
    • Автомобили
    • Животные
    • Спорт
    • Путешествия
    • Игры
    • Люди и Блоги
    • Юмор
    • Развлечения
    • Новости и Политика
    • Howto и Стиль
    • Diy своими руками
    • Образование
    • Наука и Технологии
    • Некоммерческие Организации
  • О сайте

Скачать или смотреть Asas kawad kaki pengakap (1)

  • salam sazali
  • 2020-07-09
  • 6527
Asas kawad kaki pengakap (1)
  • ok logo

Скачать Asas kawad kaki pengakap (1) бесплатно в качестве 4к (2к / 1080p)

У нас вы можете скачать бесплатно Asas kawad kaki pengakap (1) или посмотреть видео с ютуба в максимальном доступном качестве.

Для скачивания выберите вариант из формы ниже:

  • Информация по загрузке:

Cкачать музыку Asas kawad kaki pengakap (1) бесплатно в формате MP3:

Если иконки загрузки не отобразились, ПОЖАЛУЙСТА, НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если у вас возникли трудности с загрузкой, пожалуйста, свяжитесь с нами по контактам, указанным в нижней части страницы.
Спасибо за использование сервиса video2dn.com

Описание к видео Asas kawad kaki pengakap (1)

disediakan oleh PKK 224 petaling


Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.

Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Ke Kiri Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

Ke Belakang Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Buka Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Tutup Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Langkah Ke Sebelah

Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.

Paras

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri

Keluar Baris

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.


..............................

http://sulaimanscoutjempolpkk.blogspo...
  / cikgu.sazali  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке

Похожие видео

  • Pengakap kawad kaki
    Pengakap kawad kaki
    5 лет назад
  • PELAJARAN BERSURAI DAN KELUAR BARIS - KAWAD KAKI KESATRIA NEGARA
    PELAJARAN BERSURAI DAN KELUAR BARIS - KAWAD KAKI KESATRIA NEGARA
    5 лет назад
  • Serene Peonies with Blue Bird in Vintage Gold Frame | 4K Relaxing Screensaver
    Serene Peonies with Blue Bird in Vintage Gold Frame | 4K Relaxing Screensaver
    13 часов назад
  • Koman Kawad Kaki Statik (Pengakap)
    Koman Kawad Kaki Statik (Pengakap)
    8 месяцев назад
  • Pengakap l Kawad Asas (PPM Daerah Muar)
    Pengakap l Kawad Asas (PPM Daerah Muar)
    4 года назад
  • ⚡️ Срочный ответ Путина Трампу || Россия вступила войну ?
    ⚡️ Срочный ответ Путина Трампу || Россия вступила войну ?
    1 день назад
  • PELAJARAN KEKANAN LURUS - KAWAD KAKI KESATRIA NEGARA
    PELAJARAN KEKANAN LURUS - KAWAD KAKI KESATRIA NEGARA
    5 лет назад
  • good lighting screen for TikTok
    good lighting screen for TikTok
    5 лет назад
  • JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK BANGGI 2019 (PENGAKAP)
    JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMK BANGGI 2019 (PENGAKAP)
    6 лет назад
  • KAWAD KAKI PENGAKAP SKDUA
    KAWAD KAKI PENGAKAP SKDUA
    3 года назад
  • КАПИТУЛЯЦИЯ Ирана: ЗАЯВЛЕНИЕ Тегерана ПОРАЖАЕТ! Армия США врывается в БОЙ. Китай вступает в ВОЙНУ
    КАПИТУЛЯЦИЯ Ирана: ЗАЯВЛЕНИЕ Тегерана ПОРАЖАЕТ! Армия США врывается в БОЙ. Китай вступает в ВОЙНУ
    4 часа назад
  • Переживи 30 Дней В Дикой Природе Со Своим Бывшим Партнёром, Выиграй $250,000
    Переживи 30 Дней В Дикой Природе Со Своим Бывшим Партнёром, Выиграй $250,000
    10 часов назад
  • ASAS KAWAD KAKI
    ASAS KAWAD KAKI
    5 лет назад
  • 4K BabyPink Aura Heart Tunnel Strawberry Aesthetic Screensaver Background Weekend Morning Motivation
    4K BabyPink Aura Heart Tunnel Strawberry Aesthetic Screensaver Background Weekend Morning Motivation
    2 года назад
  • Бизнес добивают: русификация вывесок — закон с 1 марта | Запрещенные слова, потеря брендов
    Бизнес добивают: русификация вывесок — закон с 1 марта | Запрещенные слова, потеря брендов
    15 часов назад
  • ASAS KAWAD KAKI STATIK
    ASAS KAWAD KAKI STATIK
    4 года назад
  • Kawad Kaki Pengakap (2024) Perkhemahan Unit Beruniform | SK Muhibbah Sandakan
    Kawad Kaki Pengakap (2024) Perkhemahan Unit Beruniform | SK Muhibbah Sandakan
    1 год назад
  • PURPLE SCREEN 1 HOUR
    PURPLE SCREEN 1 HOUR
    4 года назад
  • Массированный Удар По Энергетике⚡️💥 США Усиливают Авианосную Группировку💪 Военные Сводки 07.03.2026
    Массированный Удар По Энергетике⚡️💥 США Усиливают Авианосную Группировку💪 Военные Сводки 07.03.2026
    9 часов назад
  • White and Black Wallpaper Engine 1 Hour
    White and Black Wallpaper Engine 1 Hour
    2 года назад
  • О нас
  • Контакты
  • Отказ от ответственности - Disclaimer
  • Условия использования сайта - TOS
  • Политика конфиденциальности

video2dn Copyright © 2023 - 2025

Контакты для правообладателей video2contact@gmail.com