SEBABNYA KENAPA 1000 AHLI BERSATU KELUAR MEMBUATKAN BERSATU LUMPUH!

Описание к видео SEBABNYA KENAPA 1000 AHLI BERSATU KELUAR MEMBUATKAN BERSATU LUMPUH!

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu melibatkan lapan cawangan di Jeli mengumumkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.
Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad, berkata keputusan tersebut diambil bersama rakan-rakan adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksanaan mana-mana pihak.
Katanya, keyakinan mereka terhadap Bersatu sudah terhakis dan parti itu disifatkan bukan lagi parti dominan orang Melayu yang boleh bergantung harap.
“Bersatu dilihat begitu lemah dan ini jelas dalam pemilihan calon PRK DUN Nenggiri dimana Bersatu jelas dipermain dan digula-gulakan oleh Pas. Kami amat malu dan tercabar dengan kesilapan percaturan ini,.
“Kami melihat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkarisma dan berdaya maju.
”Bersama saya hari ini termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Jeli, lapan ketua cawangan Bersatu dan Penolong Setiausaha Srikandu Bersatu Jeli mengumumkan perletakan jawatan kami berkuatkuasa serta-merta,” katanya, dipetik Harian Metro.
Menurut Rodzi, lapan cawangan dan 18 cawangan srikandi mengumumkan pembubaran di cawangan Bersatu terbabit.
Berikutan itu, lapan cawangan Bersatu di Jeli iaitu Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu dianggap ‘terkubur’ selepas kesemua mereka keluar daripada parti.
Rodzi berkata, setakat ini mereka tidak menyertai mana-mana parti tetapi menyokong Kerajaan Perpaduan.

Sumber Berita
1. https://harapandaily.com/2024/08/07/m...
2. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...

#kerajaanperpaduan #malaysia #ahhlibersatukeluarpartidiJELI

Join this channel to get access to perks:
   / @oraitnopochannel  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке