Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 8

Описание к видео Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 8

SALAM SABAH MAJU JAYA

PERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –
PAKEJ KERJA 08 – MENAIKTARAF JALAN DARI SEPANGGAR KE BULATAN BERUNGGIS

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 08 ini melibatkan kerja kerja menaiktaraf jalan dari Sepanggar ke Bulatan Berunggis kepada empat Lorong dua hala (dual carriageway ) sepanjang 11.7 KM. Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 1 Jambatan (Jambatan Telipok), 1 Interchanges (Norowot Interchanges), 4 elevated u turn dan 4 lagi at – Grade U turn. Di samping itu ,sebanyak 21 perhentian bas dan 9 jejantas pejalan kaki akan di bina di sepanjang jajaran pakej ini untuk kemudahan pengguna jalan raya di sekitarnya.

Jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk menyuraikan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке