Firasat Wali Allah Tentang Peristiwa Akhir Zaman || Syeikh Zainul Asri

Описание к видео Firasat Wali Allah Tentang Peristiwa Akhir Zaman || Syeikh Zainul Asri

Facebook :
  / perindu-rasulullah-105757554961312  

Instagram :
https://www.instagram.com/invites/con...

Twitter :
https://twitter.com/PerindUtusanNya?s=09

Telegram :
https://t.me/PerinduUtusanNya

ANTARA tanda-tanda akhir sebelum berlakunya kiamat adalah peperangan besar yang dinamakan Al-Malhamah Al-Kubra. Ia menyaksikan peperangan umat Islam menentang tentera salib.

Menyingkap maksud perkataan Al-Malhamah, ia berasal daripada kalimah lahm yang bermaksud daging. Perkataan itu turut merujuk kepada peperangan yang mengakibatkan banyak kematian.

Apabila kalimah Al-Malhamah digandingkan dengan kalimah Al-Kubra, ia membawa maksud peperangan besar yang mengakibatkan begitu banyak kematian.

Sesungguhnya, ia akan berlaku pada akhir zaman nanti dan merupakan tanda-tanda besar hari kiamat. Ketahuilah bahawa peristiwa penting itu banyak disebut dalam hadis Rasulullah SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama hadis.

Selain Al-Malhamah Al-Kubra, ia turut dipanggil 'perang dunia terbesar'. Ada juga pendapat yang memberikan istilah perang itu sebagai Armageddon.

Apa jua istilah yang digunakan, terdapat perbezaan dengan rujukan Kristian terutama tentang perincian dan pemahaman penganut agama berkenaan.

Meskipun ia merujuk kepada sebuah peperangan yang besar pada akhir zaman, agama Kristian menganggap kemenangan bakal berpihak kepada mereka.

Armageddon itu diambil daripada perkataan Ibrani yang bermaksud Bukit Megiddo (kini dipanggil Al-Majidiyyah) di Palestin berdekatan Baitulmaqdis iaitu tempat berlakunya peperangan tersebut.

Ia jelas berbeza dengan Al-Malhamah Al-Kubra menurut Islam yang mana peristiwa itu akan berlaku di A'maq atau Dabiq. Kedua-dua tempat berkenaan berdekatan dengan Halab, Syria dan juga Antakia, Turki sebagaimana perkhabaran baginda Nabi Muhammad SAW.

#firasat

Комментарии

Информация по комментариям в разработке