Anwar tak berani berdepan pengundi Sungai Bakap, kata Ramasamy

Описание к видео Anwar tak berani berdepan pengundi Sungai Bakap, kata Ramasamy

Pengerusi sementara Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P Ramasamy mengkritik Anwar Ibrahim selepas mengatakan tidak akan turun berkempen pada PRK Sungai Bakap bagi memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.

Ramasamy mendakwa sebab sebenar Anwar tidak akan muncul dalam kempen PRK itu adalah kerana tidak berani berdepan dengan rakyat akibat "pentadbirannya yang penuh kontradiksi."

Mengulas lanjut, Ramasamy turut mempersoal alasan yang diberikan Anwar kerana terdapat banyak masalah yang masih belum diselesaikan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке