Bengkel kustom di belakang tong sampah! - VW Trash Garage | VLOG

Описание к видео Bengkel kustom di belakang tong sampah! - VW Trash Garage | VLOG

#VWTrashGarage #VWCustoms
Di sebalik tong sampah, (nama asal VW Trash Garage) tak sangka ada sebuah bengkel baik pulih dan kustom yang mempunyai hasil kerja yang sangat teliti, kemas serta mengekalkan senibina badan kenderaan seperti asal.

Mari kita selami bakat dan pengalaman Encik Jasny Mohamad (49 tahun) yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau yang bermula dari tahun 90an sebagai pelumba motosikal dan mula beralih arah serta bergiat aktif dalam dunia modifikasi kustom pada 2001 sehingga sekarang.

Pelbagai hasil kerja yang unik dan ektrem pernah dihasilkan sehingga menjadi rakyat Malaysia yang pertama menang motosikal kustom di Phuket, Thailand tahun 2002. (kalau tak caya, tengok kat minit-minit akhir)

Tahun 2017 Abam Man pernah buat Vlog ringkas 'VW Chop Top' mereka yang sedang mengutip derma dengan cara unik di Art Of Speed untuk membantu rawatan sahabat mereka yang mengidap kanser tahap empat.

Hari ini kita terus terjah bengkel mereka..!

Nota beroda; Untuk visual yang lebih jelas, tonton di Youtube Careta TV.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке