[ ISU HINA ISTERI ] VIDEO PENUH CARL SAMSUDDIN BERTEMU JOFLIAM

Описание к видео [ ISU HINA ISTERI ] VIDEO PENUH CARL SAMSUDDIN BERTEMU JOFLIAM

KELUAR KENYATAAN ‘DOUBLE MEANING’.. SEKALI NAMA YUSUF AZMI TERPALIT??

Dari semalam, saya lihat ramai yang cuba ‘petik’ nama saya Yusuf Azmi di sosial media berhubung isu satu kenyataan ‘double meaning’ yang dikeluarkan oleh seorang individu..

Maaf, tapi apa yang perlu saya TEGASKAN.. Kalian sudah salah faham!
Sejujurnya, saya tidak ada kena mengena dengan isu tersebut.. jauh sekali menyokong di belakang mana-mana pihak..
**
Awalnya, pertemuan saya bersama saudara Carl Samsudin di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur tempoh hari adalah bagi membela nasib Pakcik Hadi.. yang sebelum ini didakwa ‘dihina’ secara terbuka oleh saudara Carl.

Siapa sangka, bermula dari situ ramai yang telah salah faham terhadap saya dan pihak Semboyan Malaysia.

Kemudian, semalam juga telah tular sebuah video yang dimuat naik daripada saudara Jofliam berhubung perselisihan peribadi antara dirinya dan saudara Wadi (staff kepada Carl Samsudin). Di mana saudara Jofliam telah tag saya di video terbabit.

Alhamdulillah, hari ini kedua-dua pihak telah dipertemukan bagi meleraikan pertelingkahan mereka sekali gus membersihkan nama saya dan Semboyan Malaysia.

Isu ini adalah masalah peribadi mereka dan kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan secara damai.

Di sini saya sekali lagi menegaskan bahawa saya dan pihak Semboyan Malaysia tidak berpihak kepada sesiapa terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Kami berharap semoga isu ini tidak berpanjangan dan jumpa jalan penyelesaikan yang positif.
*
"Ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya). sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." [Surah Asy-Syuraa: 43]

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (ketika jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” [Surah Ali ‘Imran, ayat 103]
#SemboyanBerbunyi #BersamaSemboyan #TeamSemboyan
-----------------------------------------------------------------
Zahirkan dan luah rasa sokongan anda di dalam perjuangan Semboyan Malaysia dengan mendapatkan baju T-Shirt “Semboyan Jihad” melalui

• https://Apparel.SemboyanMalaysia.com

Anda turut boleh menghulurkan sumbangan melalui Tabung Semboyan Kasih. Dengan dana ini, kami akan menyalurkan secara terus bantuan kepada golongan yang sangat memerlukan.

Anda boleh melakukan sumbangan secara atas talian melalui

• https://Kasih.SemboyanMalaysia.com

" Sesungguhnya tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah "

Ikuti perkembangan dan dapatkan isi-isi kandungan yang eksklusif dari Semboyan
Malaysia hanya di saluran Youtube kami di

•    / yusufazmisemboyantv  

Bagi anda yang ingin melakukan sebarang aduan mahupun menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh layari laman sesawang kami untuk proses selanjutnya

• https://SemboyanMalaysia.com/

Комментарии

Информация по комментариям в разработке