MyGenom Gimmick & Montage

Описание к видео MyGenom Gimmick & Montage

Majlis Pelancaran MyGenom yang telah berlangsung di Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam pada 29 Ogos 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, serta YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Projek MyGenom adalah merupakan program usaha sama antara dua kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan projek ini adalah suatu anjakan penting dalam perkembangan bidang sains dan teknologi, khususnya dalam populasi genomik.

MyGenom menetapkan tiga objektif utama iaitu menjujuk genom rakyat Malaysia, penghasilan ‘genom rujukan’ untuk Malaysia dan mencirikan variasi genetik rakyat Malaysia. Melalui penjujukan dan analisis genom rakyat Malaysia, pencirian variasi genetik kepelbagaian masyarakat merentasi pelbagai etnik dan kaum dapat dikenal pasti, dan maklumat ini adalah penting bagi pelaksanaan ke arah perubatan jitu apabila dilaksanakan di Malaysia kelak.

Projek MyGenom ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan diterajui oleh para penyelidik daripada Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), MOSTI dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM. MGVI-NIBM akan melaksanakn proses penjujukan genom manakala IMR, NIH, KKM pula akan menjalankan proses persampelan.

Secara keseluruhannya, Projek MyGenom akan memberikan impak besar kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita dengan menetapkan garis asas untuk variasi gentik, meningkatkan ketepatan diagnostik, meningkatkan perubatan jitu, memberi panduan kepada strategi kesihatan awam, serta memudahkan penyelidikan dan inovasi dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, sekaligus menambah baik sistem kesihatan Malaysia.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке