Dengarkan Hadis Mengenai Al Mahdi Salah Faham Baiah Di Depan Ka'bah - USTAZ AZRAIE

Описание к видео Dengarkan Hadis Mengenai Al Mahdi Salah Faham Baiah Di Depan Ka'bah - USTAZ AZRAIE

Perbahasan Berbangkit berkenaan Tajuk Al Mahdi Salah Satu Keyakinan Aqidah Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah hang sabit daripada Dalil2 Hadis yang Mutawatir Maknawi.
Akan tiba suatu Janji daripada Rasulullah saw dimana Sebelum nya berakhir Umat ini, ia nya akan dipimpin Oleh SEORANG keturunan Nabi saw yang akan memenuhi Bumi ini dengan keadilan dan kesakaamaan..

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِ
Maksudnya: Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku.
Riwayat al-Tirmizi (2230) Beliau berkata: Hasan Sahih.
Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

‏ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي أَوْ ‏‏ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي ‏يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

‏Maksudnya: Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.
Riwayat Abu Dawud (4282)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
‏ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ

Maksudnya: Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.
Riwayat Abu Dawud (4285)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке