Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai: Persimpangan Bukit Tiu, Machang, Kelantan - Progres Terkini (4k)

Описание к видео Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai: Persimpangan Bukit Tiu, Machang, Kelantan - Progres Terkini (4k)

Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai, juga dikenali sebagai Lebuhraya Rakyat, merupakan sebuah lebuh raya negeri yang sedang dalam pembinaan di Kelantan, Malaysia. Asalnya ia dirancang sebagai sebuah lebuh raya kebangsaan, tetapi akhirnya lebuh raya ini dibina sebagai lebuh raya negeri kerana kerajaan persekutuan menggugurkan projek tersebut beberapa kali sejak tahun 1990; hasilnya, lebuh raya ini akan menjadi lebuh raya capaian terkawal pertama milik kerajaan negeri setelah siap kelak. Namun begitu, projek ini secara beransur-ansur disepadukan ke dalam projek Central Spine Road 34 menjelang 2015.

Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai merupakan lebuh raya sepanjang 73-kilometer (45 bt) yang menghubungkan bandar raya Kota Bharu dengan Kuala Krai di Kelantan. Lebuh raya ini akan dibina sebagai lebuh raya kembar empat lorong dengan kawalan masuk penuh. Terdapat sembilan persimpangan bertingkat berlainan aras serta dua kawasan rehat yang akan dibina di sepanjang lebuh raya.

Pembinaan lebuh raya ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri tanpa kutipan tol. Selain dana kerajaan negeri, orang ramai boleh juga menyumbang bagi pembinaan lebuh raya melalui satu tabung wakaf.

Lebuh raya ini dibina dalam tiga fasa. Fasa pertama dari Bukit Tiu ke Kuala Krai dibina terlebih dahulu, memandangkan bahagian tersebut melalui tanah milik kerajaan negeri, sekaligus menghapuskan kos pengambilalihan tanah. Sementara itu, fasa ketiga dari Pasir Hor ke Kota Bharu akan menjadi bahagian terakhir yang akan dibina, memandangkan bahagian tersebut merupakan lebuh raya bertingkat yang dibina di atas Laluan Persekutuan 8 sedia ada, menjadikannya sebagai jajaran termahal dalam lebuh raya tersebut.

#lebuhrayarakyat #kotabharu #kualakrai #machang #kelantan #malaysia #fawwazmedia

---------------
The Night Gwen Stacy Died
Savfk - Music
   / savfkmusic  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке