Betul Ke Ada ULAR Boleh TERBANG? Paradise Flying Snake | Ular di Malaysia

Описание к видео Betul Ke Ada ULAR Boleh TERBANG? Paradise Flying Snake | Ular di Malaysia

Pernah tak anda dengar tentang ular yang boleh terbang?

Untuk peminat ular yang selalu menonton National Geografi. Anda mungkin akan tahu tentang keunikkan seekor ular ini yang dikenali sebagai Paradise Flying Snake atau Paradise Tree Snake
atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai ular terbang Firdaus.

Ular spesis ini memang wujud dan mendiami kawasan serata Asia Tenggara termasuk di kebun kami yang terletak di Raub, Pahang.

Panjang ular terbang Firdaus ini boleh mencapai lebih kurang 1.2 meter atau 4 kaki panjang.
Kehadirannya agak sukar dikesan, kerana ular ini jarang sekali turun ke tanah, ia banyak menghabiskan masanya di atas pohon-pohon.

Ia merupakan salah satu ular yang cantik yang pernah kami jumpa di sini. Lihat sahaja kulitnya yang terdiri daripada pelbagai corak dan warna seperti hitam, kuning kehijauan dan bintik-bintik merah menyerlahkan lagi kecantikkan ular ini. Ular yang lebih muda mempunyai warna yang lebih terang berbanding dewasa.

Seperti yang anda lihat di dalam video ini, kami terserempak dengan ular ini ketika ia sedang menelan seekor cicak. Berkemungkinan ular yang kami jumpa ini belum mencapai saiz dewasanya kerana kami pernah jupa saiz yang lebih besar dari ini.

Makanannya terdiri daripada tupai, tikus, katak, kadal, cicak, burung kecil dan kelawar. Ular ini mempunyai bisa bertahap sederhana yang tidak membahayakan manusia yang digunakan hanya untuk membunuh binatang-binatang kecil yang dijadikan makanannya.

Gambar ini diambil beberapa tahun lalu, di kebun kami. Menampakkan seekor ular terbang Firdaus
yang mungkin sudah mencapai usia dewasa kerana lihat sahaja pada tubuhnya yang besar dan panjang itu. Seperti di dalam gambar, anda boleh lihat bertapa cekapnya ular ini bergayut pada batang pokok durian yang besar ini sambil menangkap mangsanya.

Ular terbang Firdaus ini sangat aktive pada waktu siang sahaja, dan sering kali berehat di atas pohon-pohon tinggi. Ia juga sangat cekap memanjat pohon-pohon yang tidak stabil kerana sisik-sisik pada perutnya berfungsi sebagai pengait dan penahan supaya tidak jatuh.

Selain spesis ular terbang Firdaus ini sebenarnya terdapat beberapa spesis ular terbang
lain yang diketahui. dimana spesis ular terbang yang terbesar dikenali sebagai ''Golden Tree Snake'' atau '' Golden Flying Snake''. dan ular terbang terkecil dikenali sebagai ‘Twin-barred tree snake’ atau ‘banded flying snake’ dengan panjang sekitar 2 kaki.

Kemampuan spesis-spesis ular terbang ini melayang atau meluncur dengan kaedah berenang iaitu gerakan dimana ia meregangkan tulang rusuknya ke kiri dan kanan untuk mengarahkan badannya ke dahan pohon yang akan dituju kelihatan seperti sedang terbang menjawab persoalan dimanakah ia mendapatkan namanya.

Walaupun sebenarnya ular ini tidak boleh terbang seperti burung yang mempunyai sayap, namun ular terbang mempunyai keupayaan meluncur yang lebih baik berbanding dengan tupai terbang kerana mampu mengawal bentuk badannya dengan baik untuk mendapat jarak luncuran serta navigasi yang lebih baik. Ular ini mampu meluncur di udara hingga jarak 100 meter. Kajian mengenai spesis-spesis ular terbang ini masih baru dan masih banyak lagi yang belum kita ketahui.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке