Bagaimana Ekonomi Lubnan Runtuh

Описание к видео Bagaimana Ekonomi Lubnan Runtuh

Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► https://linktr.ee/aphdchannel

Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
►    / @aphdchannel  

Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.

Sebarang pertanyaan boleh email kami di [email protected]
Terima kasih kerana terus menyokong kami.
--

Bagaimana Ekonomi Lubnan Runtuh

Lubnan pada hari ini berdepan krisis ekonomi yang sangat teruk.
Bank-bank di Lubnan telah mengetatkan proses pengeluaran wang tunai, dan kebanyakan rakyat di negara ini berada dalam situasi yang sangat genting. Harga barang melambung tinggi, harga ubat telah naik berlipat kali ganda, barang makanan pula tidak dapat dibeli kerana wang tiada di tangan.

Ada yang terpaksa menggadai barang kemas demi membeli makanan untuk meneruskan kehidupan. Situasi bertambah kritikal apabila hampir keseluruhan bank menyekat proses pengeluaran wang tunai, walaupun wang itu mahu dikeluarkan daripada akaun peribadi. Sekatan yang telah dikuatkuasakan semenjak tahun 2019, telah membangkitkan kemarahan rakyat, hingga menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan dan peningkatan aktiviti jenayah.

Tunjuk perasaan yang berterusan telah menekan pentadbiran kerajaan, hingga memaksa Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri melepaskan jawatannya pada 29 Oktober 2019. Kegawatan ekonomi di Lubnan nampaknya belum ada tanda-tanda akan pulih. Presiden Perancis, Emanuel telah memberi amaran bahawa pemulihan ekonomi di Lubnan perlu segera dilakukan, demi mengelakkan berulangnya peristiwa perang saudara.

Namun, apa sebenarnya yang menyebabkan berlakunya keruntuhan ekonomi di Lubnan? Kenapa Lubnan amat sukar untuk bangkit semula dengan pelbagai program pemulihan ekonomi?

Jadi dalam video kali ini kita akan melihat, bagaimana negara yang mempunyai 6 juta orang penduduk itu boleh mengalami masalah ekonomi yang sangat teruk. Teruskan menonton.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке