RETROSPEKTIF : TENAGA PELADANG TULANG BELAKANG NEGARA (1976)

Описание к видео RETROSPEKTIF : TENAGA PELADANG TULANG BELAKANG NEGARA (1976)

#LensaFINAS
#RetroSpektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘TENAGA PELADANG TULANG BELAKANG NEGARA (1976)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan sambutan Hari Peladang 1976 yang berlangsung di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail, Johor yang bertemakan ‘Tenaga Peladang Tulang Belakang Negara’. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mohamed Saat serta YB Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Ali Haji Ahmad. Sambutan ini telah menunjukkan usaha kerajaan dalam membantu dan menjaga kebajikan para peladang. Hasil peladangan ini selain dapat menampung keperluan harian penduduk, ia juga turut dapat meningkatkan ekonomi negara. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di YouTube FINAS Malaysia pada 08 Mac 2024 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : TENAGA PELADANG TULANG...  
Filem Kita, Citra Kita

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMADANI
#LPPMalaysia
#PerkasaPeladang
#HariPeladang

Комментарии

Информация по комментариям в разработке