#LKT2022

Описание к видео #LKT2022

Bismillah.

LATIHAN KUASA TEMBAKAN (LKT) BERJAYA PAMER ATURGERAK DAN KEUPAYAAN ATM

Negeri Sembilan, 21 Jun 2022 – Latihan Kuasa Tembakan (LKT) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebentar tadi dengan memperlihatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM mempamerkan keupayaan aset dan kompentesi anggota.

LKT yang merupakan acara tahunan bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) merupakan satu usaha yang berterusan oleh Kementerian Pertahanan dan ATM. Ianya selari dengan matlamat dalam memastikan ATM terus dilengkapi aset-aset baharu.

Menteri Kanan Pertahanan, YBhg. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah menyaksikan dengan lebih dekat Latihan Kuasa Tembakan atau lebih dikenali sebagai Firepower Training 2022 yang bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Antara aset yang digerakkan adalah PT 91M PENDEKAR, AV8 Gempita, AV 4 Lipan Bara, ACV 300 Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV). Manakala aset persenjataan pula merangkumi persenjataan kecil hingga ke meriam berkaliber besar dan roket seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGM) INGWE, BAKTAR SHIKAN, Mortar 120MM dan 81MM serta Rocket-Propelled Grenade (RPG-7 40MM).

Turut sertai latihan ini ialah helikopter dari perkhidmatan ATM iaitu Helikopter Super Lynx dan AS555 Fennec dari TLDM, Helikopter EC 725 dari TUDM serta Helikopter Agusta A109 LOH dan MD530G dari PUTD.

Manakala dalam segmen tembakan tidak langsung keupayaan Tactical Display Air Support (CAS) bagi pesawat TUDM melibatkan aset-aset pesawat pejuang iaitu FA 18 D Hornet dan BAE Hawk 208.

Hadir bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Muez Abd Aziz serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Video coming soon. Huhu

#LKT2022 #firepowertraining #TDM #TUDM #TLDM #avgeekmy

Комментарии

Информация по комментариям в разработке