Solo TRAVEL Kuala Lumpur Ke Hat Yai naik keretapi ETS train - Part 1

Описание к видео Solo TRAVEL Kuala Lumpur Ke Hat Yai naik keretapi ETS train - Part 1

Video part 2:    • Pengalaman pertama kali solo travel n...  

Tips solo TRAVEL naik keretapi dari Kuala Lumpur, Malaysia Ke Hat Yai, Thailand menaiki keretapi ETS Train. Macam mana cara dari boarder Padang Besar, Perlis nak masuk ke hatyai.

Sebelum travel, elok tukar duit masa kat Malaysia, senang boleh compare banyak money changer, aku suggest korang boleh visit website kat bawah untuk check money changer mana paling murah dekat dengan korang. Tapi kalau tak sempat tukar duit pun takpe, dalam train pun still ada orang round offer tukar duit. Harga dia pun boleh tahan.

Selalunya duit Baht yang murah sekitar KL ni, Kat Mid Valley, tapi harga berubah2 so boleh check kat website bawah sebelum gerak pergi tukar.
https://www.klmoneychanger.com/

Ticket ETS ada 2 jenis, iaitu ETS Gold dan ETS Platinum, kedua-dua nya sangat selesa, bezanya hanyalah jumlah hentian, ETS Gold ada banyak stops, 14-15 station compare dngn Platinum, stops dalam 8 station je. Selain tu, ETS Platinum ada snacks2 diorang akan hantar kat seat kita, ala-ala dalam flight gitu.

Beli tiket ETS KL Sentral ke Padang Besar (ETS GOLD - RM76)
https://www.ktmb.com.my/ets-from-kl-t...

Then untuk naik train dari Padang Besar ke Hat Yai, kalau sampai pagi boleh tunggu pukul 9am baru dia bukak counter, harga naik train THB70 (RM9.29) je. Tapi kalau yang jenis tak sabar boleh amik mini van, harga THB200 (RM26.56) untuk satu kepala

Untuk bergerak sekitar Hat Yai, tak susah pun. Bersepah tuktuk/grab kat sana. Tapi ingat ye, kena pandai nego kalau tak kena pulas kepala dengan geng2 tuktuk ni. So untuk selamat. Better before tahan tuktuk, check harga dekat grab. Selalunya tuktuk akan cas mahal dalam THB200 even untuk tempat dekat2. So if korang tengok dalam grab tu THB120, jual mahal lah sikit kat tuktuk tu.

Aku haritu tuktuk offer THB200 dari Floating Market ke Railway station, padahal dalam 10-15min je. Then aku cakap ‘baik naik grab’, terus dia tukar offer THB150 je. Tapi kalau korang banyak duit nak sedekah kat warga local diorang okay je. Tapi kalau backpacker solo macam aku yang memang nak jimat duit. Kena pandai sikit.

Untuk simcard, better beli dari Malaysia je, lagi murah & takyah pening kepala macam aku. Boleh usha dekat website klook cari yang paling best & berapa lama nak pergi. Kalau korang nak pergi lama, Aku prefer Sim AIS Traveller, quota 15GB untuk seminggu. Harga RM25. tapi kalau pegi kejap2 tu, pakai roaming jelah.

Nak minta maaf. video Hat yai ke Bangkok ada masalah teknikal, tak dapat nak siap. takpe nanti kita repeat pegi bangkok lagi sekali ehh 🙏

Kalau nak tips lebih detail, boleh usha full guide itinerary kat link sini:
https://fikrizamri.com/travel-blog/kl...

🎵 Lagu & Music yang aku pakai dalam video ni: https://share.epidemicsound.com/fikri...

📽 check out semua equipment yang aku pakai untuk buat video https://fikrizamri.com/gear

Tiba masa kita merancakkan semula sektor pelancongan negara!
✌🏻 follow untuk join aku travel pusing satu Malaysia!
📘 Facebook:   / fikrizamri.films  
📸 Instagram:   / fikri_zamri  

For collaboration / invitation / just want to say hi?
[email protected]

#travelthailand #backpackerbuddiesmalaysia #kakitravelmalaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке