Wajah baharu Pasar Datuk Keramat bermula tahun depan

Описание к видео Wajah baharu Pasar Datuk Keramat bermula tahun depan

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) komited memastikan pembangunan Pasar Datuk Keramat yang dijangka dimulakan secara berfasa pada awal tahun depan dapat disegerakan sekali gus membawa wajah baharu yang mampu merangsang pendapatan lebih baik buat peniaga.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha itu bagaimanapun tidak akan mengecualikan pandangan setiap pihak yang terbabit secara langsung khususnya peniaga dan penduduk terutamanya sepanjang proses pembangunan yang dijangka memakan masa antara tujuh hingga 10 tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas turun padang ke Pasar Datuk Keramat pada Ahad 12 Julai.

Beliau diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like   / harianmetro  
Please follow   / hmetromy  
And also our   / hmetromy  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке