Berjaya usahakan ladang nanas walau bermula tanpa pengalaman

Описание к видео Berjaya usahakan ladang nanas walau bermula tanpa pengalaman

Tidak ramai yang mahu mengambil risiko menceburi bidang pertanian tanpa kemahiran dan pengalaman, terutama membabitkan tanaman berskala besar.

Namun bagi Aminin Abu Rashid, 54, dia membuktikan selagi ada kemahuan semua boleh dilakukan dengan syarat ia disertai dengan minat dan kesungguhan.

Aminin yang berpengalaman dalam industri minyak dan gas lebih 20 tahun, memberanikan diri mengambil risiko mengusahakan tanaman nanas MD2 di Kampung Juasseh Tengah, di Kuala Pilah.

Bermula dengan percubaan tanaman itu di Tangkak, Johor bersama seorang rakan, usahanya itu berjaya sebelum mengambil keputusan mengembangkan tanaman nanas di Kuala Pilah.

Aminin berjaya memajak tanah seluas 43.2 hektar milik kerajaan negeri bagi tanaman nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus.

Beliau berkata, beliau tidak ada pengalaman dalam tanaman nanas dan hanya belajar dari YouTube sebelum mengikuti pelbagai kursus dianjurkan Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia (LPNM) supaya mendapat ilmu yang berguna.

Tambahnya, sebaiknya kerajaan negeri meluluskan pajakan tanah bagi tempoh selama 15 tahun, beliau memulakan projek tanaman nanas pada awal 2021.

Aminin berkata ketika ditemui Berita Harian, buat permulaan, beliau hanya guna 0.8 hektar dengan menanam 30,000 benih nanas dengan semua kos permulaan ketika itu menggunakan modal sendiri.

Katanya sejak ditanam, sudah dua kali nanas dituai dan hasilnya dijual kepada penduduk setempat dan pelbagai syarikat lain.

Aminin menyasarkan 28 hektar atau 70 peratus daripada keseluruhan tanah pajakan itu akan ditanam nanas menjelang akhir 2026 di ladang nanas dikenali, Seri Nanas Farm.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

Комментарии

Информация по комментариям в разработке