MAY sketsa sebuah cinta Karaoke

Описание к видео MAY sketsa sebuah cinta Karaoke

Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1983 oleh tiga orang anak muda daripada Kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan mereka iaitu 'M' bagi nama Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar) dan kemasukan Mus (Mustaffa Din) pada tahun 1986 . M.A.Y. mula menyertai pertandingan Battle of Rock peringkat negeri Perak pada tahun 1986 di mana mereka muncul sebagai juara. Kemudian kumpulan M.A.Y.menyertai pertandingan Battle of Rock Malaysia pada tahun yang sama. Dalam pertandingan Battle of Rock Malaysia 86 anjuran Lokman Junit dan Dewi Suhana Studio, Johor Bharu tersebut, kumpulan M.A.Y. muncul sebagai juara. Manakala penyanyi utama kumpulan M.A.Y., Mus telah muncul sebagai vokalis terbaik.

Selepas kejayaan pada pertandingan Battle of Rock 1986, kumpulan M.A.Y. telah muncul dalam satu album bersama empat lagi kumpulan rock dari siri pertandingan Battle of Rock. Album yang berjudul Juara-Juara Rock 1 tersebut menampilkan kumpulan M.A.Y., Burnmarks (Johor), D'Febians (Johor), Scandals (Kuala Lumpur) & Metalian (Selangor). Album yang diterbitkan pada Januari 1987 itu menampilkan 2 lagu dari setiap kumpulan. Selepas kejayaan album Juara-juara Rock 1, pihak syarikat rakaman Warnada telah menerbitkan album Juara-Juara Rock 2 pada bulan Mei 1987 dengan konsep yang sama. Album Juara-juara Rock 3 pula diterbitkan pada Disember 1987. Antara lagu-lagu popular dari album Juara-Juara Rock adalah Derita Bangsa, Sketsa Sebuah Cinta dan Bayangan Hidup.

M.A.Y muncul dengan album penuh pertama pada penghujung tahun 1987 selepas kejayaan album Juara-Juara Rock 1, 2 & 3 pada tahun yang sama. Album pertama kumpulan M.A.Y diberi judul Dilema diterbitkan pada 1987. Semua lagu dalam album Dilema dicipta dan diolah sendiri oleh anggota kumpulan M.A.Y. Album tersebut diterbitkan oleh Raymond Lim di bawah penerbitan Syarikat Warnada. Antara lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema, Kau Masih Lena dan Tiada Lagi Engkau. Album Dilema berjaya dijual melebihi 25,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y menerima Cakera Emas. M.A.Y. juga banyak menerima undangan pertunjukan pentas selepas kejayaan album Dilema.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке