Resepi Otak Otak Cara Paling Mudah Dan Sedap, Berbaloi Buat Sendiri | Ramadan Raya 2023

Описание к видео Resepi Otak Otak Cara Paling Mudah Dan Sedap, Berbaloi Buat Sendiri | Ramadan Raya 2023

Dapatkan resepi penuh Otak-otak di: http://www.icookasia.com/otak-otak/

Setiap kali nak makan Otak-Otak, mesti susah betul eh nak jumpa. Tapi sebenarnya, buat sendiri pun boleh sangat. Mudah dan sedap rasanya. Nak lagi best, boleh guna isi ikan banyak-banyak, baru puas hati.

Bahan-bahan (Hidangan untuk 30 keping):

300 g ikan tenggiri
2 sudu besar santan pekat
1 biji telur ayam
1/4 cawan tepung ubi
Garam &gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk menyediakan sambal:

3 sudu besar cili
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai dihiris
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis
1/4 cawan air

Bahan-bahan yang diperlukan bagi membungkus:

Daun kelapa
Lidi

Cara-cara:

1. Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
Kemudian tumis dgn minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika

2. Seterusnya, kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati.

3. Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa. Kemudian kepitkan dgn lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis.

4. Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak

5. Otak-otak sedia untuk dihidang. Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama. Selamat mencuba!

#icookasia #otakotak #ramadan

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Musim puasa dan raya nanti, nak masak daging raya dengan lebih cepat? Jom dapatkan SHEFU Low Pressure Cooker di sini: https://invl.io/clhjyi8 😍

Follow kami di:

Facebook:   / icookasia  
Instagram:   / icookasia  
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter:   / icookasia  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке