Sprocket Pecah Episod 2 - Kenapa Harga Jualan Motosikal Berbeza Dari Yang Diwartakan Oleh Pengeluar?

Описание к видео Sprocket Pecah Episod 2 - Kenapa Harga Jualan Motosikal Berbeza Dari Yang Diwartakan Oleh Pengeluar?

Pada amnya, pengeluar mana-mana model motosikal akan memberitahu kepada awam harga jualan motosikal tersebut. Akan tetapi untuk model-model motosikal yang popular terutamanya, harga jualan yang didapati di kedai-kedai motosikal kerap kali lebih tinggi daripada itu.

Ada juga untuk model-model yang tersangat popular, harga "sebenar" berbanding dengan harga rasmi jauh berbeza.

Mengapakah ini berlaku? Apa yang boleh kita, sebagai pengguna lakukan supaya tidak menjadi mangsa kepada penetapan harga yang tidak munasabah ini?

Podcast episod kedua ini dihoskan oleh pengarang RodaRoda, Keryl Ajuan, bersama-sama dengan pengamal media motosikal veteran dari ‪@fastlenztv‬ , Anuar Norick dan penerbit RodaRoda, ‪@YusseriYusoff‬ .

Комментарии

Информация по комментариям в разработке