BENELLI TRK 502X MALAYSIA [Walkaround] Engine Specs Details only at Tenaga Motor Kajang

Описание к видео BENELLI TRK 502X MALAYSIA [Walkaround] Engine Specs Details only at Tenaga Motor Kajang

Adventure touring bike serba boleh ini merupakan sebuah varian motosikal jelajah Benelli TRK 502 yang telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada tahun lalu. TRK 502 ditawarkan dalam tiga variasi iaitu paling asas pada harga RM30,621, 502 SP lengkap dengan beg barangan di tepi pada RM31,681 dan 502 SP2 yang mendapat tambahan kotak barangan di belakang, atas pada harga RM32,423.

Benelli TRK 502 berkuasakan enjin dua silinder selari 500 cc, DOHC, lapan injap dan mempunyai sistem suntikan bahan api. Dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, enjin ini dikatakan mampu menghasilkan sebanyak 47 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 5,000 rpm.

Tugas menyerap hentakan pada motosikal ini dilaksanakan oleh fork terbalik dengan jarak pergerakan 150 mm pada bahagian hadapan dan di belakang terdapat pula monoshock yang boleh dilaras pra bebannya dan mempunyai jarak pergerakan 45 mm.

Kedua-dua tayar hadapan dan belakang TRK 502 mempunyai angkup brek dua piston terapung, tetapi di bahagian hadapan, cakeranya adalah bersaiz 320 mm manakala di belakang pula bersaiz 260 mm. Turut disediakan sekali untuk keselamatan adalah sistem ABS, yang mempunyai suis jika perlu ditutup. Berat motosikal ini adalah 210 kg dan tinggi tempat duduknya adalah 815 mm.

Selain TRK 502X ini saya dapat mencuci mata tengok motor rare Benelli Leoncino 500 Custom Edition by Benelli Best Shop Tenaga Motor.

Kelihatan beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap jentera yang berasaskan dari model Leoncino 500 ini. Antara yang diubahsuai adalah, warna badan, rim yang lebih besar berserta tayar jenis kibbles yang disesuaikan untuk consep cafe racer dan lain lain aksesori tambahan.

Difahamkan Benelli Concept Cafe Racer Edition ini masih dalam proses kerja kerja pengubahsuaian dan antaranya adalah untuk menukar seat atau kusyen tempat duduk yang lebih sporty ala Cafe Racer.

Turut kelihatan di dalam bilik pameran Tenaga Motor yang serba lengkap ini, ialah model Benelli 502c iaitu model motorsikal yang dikategorikan dalam segmen Cruiser seperti model Vulcan dari Kawasaki dan Diavel oleh Ducati.

Model 502c dilengkapi dengan kit badan yang sporty seperti knalpot ekzos berkembar pendek yang menonjolkan gaya kesukanan, rekabentuk lampu belakang yang agresif dan ekor bahagian belakang yang tajam dan kontot persis ala MV Agusta & Ducati Diavel.

Sistem cengkaman brek ABS hadapan dan belakang dari jenama Brembo juga dipadankan dengan jentera Benelli 502c manakala Benelli Leoncino 500 dan 250 didatangkan dengan sistem brek ABS hadapan dan belakang oleh Benelli sendiri.

Penyelengaraan berkala untuk memiliki jentera Benelli ini amatlah mampu milik dan berbaloi dengan nilai ringgit kos yang ditawarkan oleh pihak Benelli. Perkhimatan selepas jualan seperti servis dan alatganti juga ditawarkan di bawah satu bumbung oleh Tenaga Motor.

Untuk sebarang makluman yang lebih lanjut, boleh menghubungi Suresh dari pihak Best Benelli Tenaga Motor ataupun boleh ke bilik pameran secara walk in untuk tunggang pulang Benelli idaman anda.

Safe Ride Malaysian Bikers
oleh Zhairul Shaqiz
Julai 13, 2020

Punca saya tartarik dengan jentera Benelli adalah daripada Sahabat Benelli Leoncino di Putrajaya menghala ke Bandar Baru Bangi pada suatu malam raya yang lalu.

Memang lazat dan enak kemerduan ekzos Benelli ber DNA kan Italian machine ni. Teringat successor nya iaitu Benelli TNT 650 dengan exhaust full system Arrow Performance atau Akrapovic. Fuhh racun.

Ada rezeki nak test ride model Benelli ni sama ada 250 ataupun yang 500, TRK dan 502c, nampak very nimble.

Kawan Tanya Ustaz Jawab. Ada kemusykilan tentang motor?
Tanya je biar kawan cuba jawab.

Tags:
Morning RV MY Ride Weekend UI/UX User Observation Road Riding Asia FoodFinder Nabil Raja Lawak Maspo Bag Pirelli Supercorsa Diablo Rosso V3 2019 2020

Shot by:
Samsung Galaxy S20+



BHP Gombak Karak Bentong

Kawasaki Z1000SX ZX10 Z1000 Z800 Z750 Vulcan ER6 Ninja 300 250 150 Kips RR KLX KLR Versys GTR Wilhin
Yamaha Fazer XT Virago Vmax R1 R6 135 LC
Triumph Daytona Explorer Tiger Adventurer Bonneville Street Triple
Ducati Hypermotard Hyperstrada Multistrada Monster Streetfighter Panigale
Honda CBR CBX Civic Mugen Type R Accord Euro S2000
Suzuki Hayabusa Gixxer Bandit K9 K8 K7 K6 K5 K2
Aprillia RSV4 V4 Tuono Mana Mille
MV Agusta Brutale F3 F4
Benelli TNT TRK Leoncino 502c 500 250
BMW S1000RR M3 HP4 GSA GS K E90 E89 Z4 325i
Harley Davidson
KTM Super Duke SMCR 690 990 1290 RC 8
SYM VTS 200
Momos Madass Spyder Bobber
Nimota Ranger x CK9

HJC Arai Shoei Agv LS2 Grayfosh Marushin Nolan
Alpinestar Komine Berik Taichi Dainese Bell
Yohimura Arrow Ixil Scorpion Two Brothers M4 Akrapovic Exhaust Sound Bike Porn GP Pro CKD CBU




200 350 390 400 500 750 800 821 900 1200 1400 1500 1600 1700 2000

Комментарии

Информация по комментариям в разработке