TRIBUTE TO CATHAY CINEPLEX (HANDY ROAD)

Описание к видео TRIBUTE TO CATHAY CINEPLEX (HANDY ROAD)

Sempena penutupan Pawagam Cathay Cineplex di bangunan Cathay Handy Road, saya kongsi kembali video serta gambar bangunan Cathay dan still photo Seniman dan Seniwati serta warga kerja Cathay Keris Film Productions.

Saya pernah menerbitkan acara konsert dan mempersembahkan lagu Setangkai kembang Melati yang dinyanyikan oleh Dato' Yusni Hamid dan Rudy Djoe semasa acara konsert Sukma Irama Layar Perak 2019 terbitan Saya (Wadah Seni Entertainment) anjuran Majlis Seni Kebangsaan sempena Pesta Warga Emas (Silver Arts Festival).

Penyanyi asal lagu ini ialah Biduanita Jamaliah Shariff dan Biduan Abdullah Chik dan merupakan soundtrack untuk filem pertama berwarna iaitu Buloh Perindu yang diterbitkan pada tahun 1953 keluaran Keris Film Productions dan disini bermulalah gabungan hebat Keris dan Cathay film Production milik Dato Loke Wan Tho dan Hoke Ah Loke bergabung.

Filem ini mempunyai barisan pelakon yang hebat antaranya seperti Shariff Medan, Ibrahim Jaafar@pak yem, Rusini Marican,Bakarudin dan Norsiah Yem.

pawagam Cathay Cineplex di Handy Road bakal diganti dengan pawagam baru milik the Projector. Namun menurut sumber bangunan ini masih milik Cathay Organisation.

Selamat tinggal Cathay Cineplex handy Road. Pasti ramai yang bakal merindu tempat bersejarah ini..

Lagu : Setangkai Kembang Melati
Penyanyi : Jamaliah Shariff / Abdullah Chik
komposer : Zubir Said
Senikata : Sjariff Rachman
Keluaran : Keris Film Productions

Комментарии

Информация по комментариям в разработке