5 Rahsia Menghafal Al-Quran dengan Mudah, Cepat & Berkesan

Описание к видео 5 Rahsia Menghafal Al-Quran dengan Mudah, Cepat & Berkesan

Ustaz Kamal Yusof Ar-Rantawi ialah Pengetua & Pengasas Maahad Tahfiz Manzil Furqan, Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah pengkaji dan pakar motivasi dalam bidang teknik hafazan al-Quran. Buku karangan beliau ialah berjudul Rahsia Menghafaz Al-Quran Siri 1.

Terdapat 5 rahsia menghafaz Al-Quran dengan "mudah, cepat & berkesan" iaitu berpandukan 5 prinsip Sistem Manzil iaitu Tahsin, Jadid, Sabqi, Manzil dan Solat. Sistem ini turut digunakan di Maahad Tahfiz Manzil Furqan. Sistem Manzil ini juga boleh diperolehi daripada buku Rahsia Menghafaz Al-Quran.

Menerusi video ini, khalayak akan mendapat penerangkan secara ringkas tentang Sistem Manzil. Menghafal Al-Quran secara bersistem amat penting untuk berjaya menghafal 30 Juzuk secara konfiden, konsisten dan berkesan. Secara ringkasnya, terdapat 3 peringkat hafalan :
1) Jadid : hafalan baru yang dibuat pada hari pertama hafalan.
2) Sabqi : hafalan lepas yang dibuat semalam dan belum mencapai 30 hari. Ini adalah hafalan pertengahan yang mesti diulang setiap hari.
3) Manzil : hafalan lama yang telah mencapai mutu yang tinggi, biasanya melebihi 1 bulan.

Sehubungan dengan itu, video ini diceritakan secara ringkas peringkat-peringkat hafalan tersebut. Bagi video yang akan datang, khalayak akan dijelaskan lagi dengan lebih terperinci berdasarkan setiap peringkat tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Kamal Yusof Ar-Rantawi melalui talian 019-7121 543.
Website : www.manzilfurqan.com.my
Instagram :   / manzilfurqan  
Facebook :   / maahadtahfizmanzilfurqan  
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSea6M5vQ
Telegram : https://t.me/manzilfurqan

Комментарии

Информация по комментариям в разработке