Makkah ke Madinah: Pengalaman ziarah makam Rasullullah SAW dan sahabat kali pertama. Alhamdullillah

Описание к видео Makkah ke Madinah: Pengalaman ziarah makam Rasullullah SAW dan sahabat kali pertama. Alhamdullillah

Pada 6 Julai 2024, Kami kongsi pengalaman dan juga kenangan berbentuk gambar dan video kali pertama kami bermusafir daripada Makkah ke Madinah. Dan ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar As Siddiq serta Saidina Umar Al-Khattab . Melihat sendiri dengan mata kasar keindahan Masjid Nabawi @ Masjid Nabi serta mendirikan solat di dalamnya. Alhamdullillah, terima kasih Allah SWT menginzinkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"

Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."

Комментарии

Информация по комментариям в разработке