Kecoh: 'Kalau MP Besut bohong dia masuk neraka' - Speaker

Описание к видео Kecoh: 'Kalau MP Besut bohong dia masuk neraka' - Speaker

Dewan Rakyat semalam kecoh seketika apabila Chong Zhemin (PH-Kampar) mendakwa Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) menyebut perkataan ‘kurang ajar’ di dalam dewan.

Pada 13 November, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sudah membuat petua bahawa perkataan ‘kurang ajar’ telah dilarang dilafazkan semasa berbahas.

Suasana tersebut terjadi setelah Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024 diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 ahli parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.

Ahli parlimen pembangkang berang dengan kenyataan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memohon speaker mengambil tindakan terhadap mereka kerana kerap meminta undi belah bahagi.

Sumber video:    • LANGSUNG:Persidangan Dewan Rakyat | M...  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке