Terowong Komunis Weng - Failed l Oct 2019

Описание к видео Terowong Komunis Weng - Failed l Oct 2019

#terowongkomunis
#Weng
#baling
#BengkelKarat
#hiking
#offroad

https://m.facebook.com/story.php?stor...

Terowong Komunis Weng merupakan satu-satunya terowong yang dibina di Malaysia.Terowong ini terletak di daerah Baling, Kedah iaitu sempadan antara daerah Betong di Thailand.Terowong ini menyamai terowong yang dibina di daerah Betong Thailand iaitu Piyamit Tunnel atau dalam bahasa Melayunya Terowong Piyamit kerana jaringan terowong yang dibina oleh orang komunis adalah sama antara kedua-duanya.

Pihak komunis berundur ke selatan Thai dan mereka telah membina rangkaian terowong di selatan Thai sebagai pengkalan tentera dan tempat persembunyian daripada pasukan keselamatan Thailand dan Malaysia. Hasilnya terowong yang dibina telah dijadikan sebagai salah satu cara untuk menyusup masuk dan keluar di sempadan Malaysia-Thailand. Situasi ini membolehkan mereka untuk melarikan diri daripada pasukan keselamatan di Malaya setelah melakukan serangan ke atas pasukan keselamatan tersebut. Menurut sumber terowong ini merupakan terowong yang paling aktif digunakan sekitar tahun 1948 hingga tahun 1968.

Terowong ini merupakan bilik gerakan komunis yang terbesar semasa era komunis dahulu.Laluan terowong ini adalah sekitar dua kilometer untuk sampai ke sempadan Thailand.Penemuan-penemuan seperti beberapa bangkai pesawat helikopter dan kapal terbang yang terdapat di dalam kawasan sekitar terowong tersebut menguatkan lagi bukti-bukti sejarah terowong tersebut.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке