Penganjur teruskan himpunan 'Rakyat Lawan Anwar' pada Sabtu ini

Описание к видео Penganjur teruskan himpunan 'Rakyat Lawan Anwar' pada Sabtu ini

Penganjur himpunan 'Rakyat Lawan Anwar' memaklumkan pihaknya akan tetap meneruskan protes itu yang dirancang diadakan di tempat letak kereta berdepan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada Sabtu ini.

Ia di sebalik peringatan polis agar orang ramai tidak menyertai protes itu setelah tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi, iaitu Perbadanan Putrajaya.

Peguam Pergerakan Demi Negara, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata pihaknya tidak perlu kebenaran oleh mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке