HIGHLIGHT: Episod 13 | Jangan Benci Cintaku

Описание к видео HIGHLIGHT: Episod 13 | Jangan Benci Cintaku

HIGHLIGHT: Episod 13 | Jangan Benci Cintaku
Fika gembira. Semakin hari layanan Shah pada dia menunjukkan prestasi yang bagus. Shah sangat ambil berat perihal Fika namun sebaik sahaja keluar rumah, Shah akan tersepit dengan kehadiran Husna. Kerana mahu menjaga hati Fika, setiap kali Shah terpaksa balik lambat kerana keluar dengan Husna. Shah akan mencari alasan untuk menipu Fika. Namun sedihnya, semua penipuan Shah, Fika tahu dan pendam. Bagi Fika, dia sudah cukup bersyukur Shah masih melayannya dengan sempurna..
Nek Pah menghubungi Shah maklumkan tentang makan malam keluarga. Nek Pah mahu Shah membawa Husna. Shah bingung. Kehadiran Husna akan menimbulkan kekecohan pastinya kerana mama jelas tidak sukakan keadaan tersebut. Mama Shah rindukan Fika dan mahu Shah datang membawa Fika. Mana mungkin untuk Shah bawa Fika dan Husna sekali. Pasti perang akan tercetus.
Akhirnya Shah memilih untuk membawa Fika. Baginya, status Fika sebagai isteri telah buat Fika menang tanpa bertanding. Mummy gembira menyambut kedatangan Fika namun selama Fika dirumah keluarga Shah.Dia tidak henti disindir oleh Nek Pah. Semua kekurangan Fika dibongkar Nek Pah dihadapan keluarga. Jika Shah tak ada, bertambah rancak Nek Pah menghentam Fika. Fika terasa Nek Pah terlalu kejam sehingga sanggup melihat rumah tangga dia dan Shah runtuh.

Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Izzue Islam, Amelia Henderson, Azizah Mahzan, Daler Yusuf, Luqman Hafidz
#JanganBenciCintaku
Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.xtra.com.my

Комментарии

Информация по комментариям в разработке