🔴 MISTERI GUNUNG JERAI | KEDAH

Описание к видео 🔴 MISTERI GUNUNG JERAI | KEDAH

Gunung Jerai juga dikenali sebagai Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang terdapat di Kedah di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.

Gunung Jerai berada di pesisir pantai,terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah Gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat oleh kapal yang lalu lalang dalam perairan Kedah dan Selat Melaka sejauh 100km. Jarak penglihatan pula bergantung kepada keadaan cuaca.

Terdapat batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan orang-orang Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika mereka cuba melabuhkan kapalnya di Gunung Jerai.

Sang Kelembai tidak membenarkan mereka untuk buat penempatan kerajaan di Puncak Gunung Jerai kerana telah ada kerajaan bunian atau jin di kawasan itu. Orang-orang Maharaja Merong Mahawangsa tidak mempedulikan arahan tersebut malah mengancam untuk melakukan kekerasan. Maka Sang Kelembai menunjukkan kesaktiaannya kepada mereka dengan menyumpah kapal mereka menjadi batu. Melihat kesaktian itu mereka lintang pukang melarikan diri kerana bimbang mereka juga akan disumpah menjadi batu. Dari situlah kisah Sang Kelembai bermula.

Sang kelembai adalah jelmaan jin yang menjaga Gunung Jerai dari perkara-perkara yang mereka tidak suka seperti membuat kerosakkan, pembukaan kota kerajaan, bercakap besar, bersikap takbur dan pelbagai lagi. Rupanya seperti manusia tetapi muka buruk dan agak sedikit berbulu juga bertongkat tinggi.

Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136. Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun 1136M. Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

Orang yang mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).

Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Pada asalnya beliau hanya untuk meminta perkenan dari Sri Paduka Baginda supaya dibenarkan menetap di negeri Kedah bagi menyebarkan agama Islam. Tapak pusat penyebaran agama Islam yang dicadangkan pula berpusat di Gunung Jerai. Maka dikurniakan Allah SWT berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman. Dari situlah Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh wujud.

Sumber: Wikipedia dan batin.
_________________________

✅ Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
https://t.me/InformasiEMM_bot

✅ Jualan Baju Explorasi Misteri Mistik.
klik link berikut:
https://t.me/InformasiEMM_bot
__________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik

#ExplorasiMisteriMistik #MisteriGunungJerai

Комментарии

Информация по комментариям в разработке