(1957) KETIBAAN RAJA-RAJA MELAYU DI STADIUM MERDEKA | Istiadat Pemahsyuran Kemerdekaan Tanah Melayu

Описание к видео (1957) KETIBAAN RAJA-RAJA MELAYU DI STADIUM MERDEKA | Istiadat Pemahsyuran Kemerdekaan Tanah Melayu

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Sebanyak 20,000 orang mengisi lapangan Stadium tersebut.

Tetamu-tetamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika beliau menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada Baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk Baginda.

===================
Kredit Video:
Perbadanan Filem Nasional Malaysia
YouTube@FINASMalaysiaMy

#sulalatussalatin #rajamelayu #stadiummerdeka

Комментарии

Информация по комментариям в разработке