Axia CamperCar Solo D' Tasik Widuri

Описание к видео Axia CamperCar Solo D' Tasik Widuri

Bila ada masa dan kesempatan datang la ke Tasik Widuri, lokasinya terletak di Bukit Beruntung, Rawang, Hulu Selangor. Mengambil masa 45minit -1 jam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kalau boring, bosan, rimas terperap dalam hiruk pekok ‘hutan batu’ ibu kota, apa kata kau orang ke sini, jumpa lah Widuri 😅😅 kat sini Widuri sentiasa melambai dan menemani dengan setia, membelai hingga kita terlena dipangkuannya hihihihi.

Hahaha... tapi jangan salah sangka la pulak ya.. Widuri ini bukan wanita cantik molek... Macam dalam lagu
'WIDURI' nyanyian Bob Tutupoly tu 😂😂. Tapi nama lokasi menarik untuk istirehat dan riadah, tempat santai untuk menenangkan fikiran.., Tasik Widuri namanya. kat sini pengunjung boleh riadah ikut kesukaan mereka, dari aktiviti memancing hingga ke aktiviti abseiling, jungle trekking, fly fox dan berkayak. Jika ingin mengelilingi tasik ini dan menikmati keindahannya pun boleh juga.. hanya menaiki bot rakit. Bot dengan memuatkan kapasiti 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa boleh bawak kau orang keliling tasik. Tambang hanya RM6 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak murah sangat dah tu kan. Pengendali bot Wak Dol penduduk setempat mengemudi bot untuk keliling tasik, sepanjang perjalan wak dol akan bercerita dan berkongsi pelbagai cerita mengenai tasik berkenaan dan aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang ramai. Kalau berminat boleh hubungi admin Pages Tasik Widuri Adventure Park. Di Link 👇✅ https://www.facebook.com/TasikWiduriA...

Pemandangan tasik akan lebih damai petang hari, suasana hampir senja dengan situasi matahari hampir terbenam dengan cahaya kekuningan membias pada permukaan tasik, air warna biru kehijauan akan bertukar menjadi kuning keemasan... Memang best dan damai. Bagi yang nak lepak saja tak nak join aktiviti riadah boleh aje lepak kat gigi tasik sambil view keindahan tasik sambil pekena ais kepal dan makanan lainya yang ada dijual di kedai di tepi tasik ni. Bagi yang ingin bermalam dengan bercamping pacak kemah atau carcamper macam aku boleh datang.., parking, surau dan tandas ada juga tersedia.

Apa tunggu lagi.. Buat la temu janji dating dengan Widuri hujung minggu ya 😅😅 tentu x kecewa punya.

Link pilihan peralatan Camping Solo seperti dalam Youtube aku Zddin69 👇✅

Check out outdoor camping store portable integrated stove https://shopee.com.my/product/2760194...

Check out chopping board foldabble multi function kitchen chop board bathroom kitchen wash basin with drain
https://shopee.com.my/product/2501741...

#Campercarsolo #campercar #perodua #axia #peroduaaxia #tasikwiduri #camper #traveller #travel #tasik #bukitberuntung #sentosa #rawang #huluselangor #panorama #kampung #fypシ

Комментарии

Информация по комментариям в разработке