Membongkar Agama Sesat AHMADI

Описание к видео Membongkar Agama Sesat AHMADI

Akidah atau tauhid adalah sesuatu yang paling berharga kepada umat Islam. Nabi s.a.w. diutus untuk membawa manusia kepada akidah yang sebenar. Pastinya benih tanaman akidah yang suci dan bersih ini dapat melahirkan bunga-bunga perpaduan dan kasih sayang, keikhlasan dan ketakwaan.

Tular satu ajaran agama sesat baharu yang giat menyebarkan fahaman mereka melalui media sosial, khususnya secara langsung di platform TikTok dan YouTube. Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya, sebuah kepercayaan sesat yang menunggang kepercayaan agama Islam, telah berjaya merekrut pengikut dari kalangan rakyat Malaysia sendiri, dan masih aktif mencari pengikut baru. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam, untuk membongkar ajaran sesat ini, supaya dapat membebaskan kebenaran Islam dari kejahilan pemikiran mereka itu.

Menurut laman web rasmi mereka, agama sesat Ahmadi telah diasaskan oleh seorang yang bernama Abdullah Hashem, yang mendakwa bahawa dirinya adalah Mahdi yang ke-2, selepas ‘ayah secara ruh’-nya, Imam Ahmed Hassan, Mahdi yang pertama. Abdullah Hashem dan pengikutnya berpegang kuat kepada hadis palsu dari sumber Syiah yang berbunyi;

“Kemudian akan ada 12 Mahdi sesudahnya, maka jika kematian datang kepadanya, hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya, yang pertama dari Mahdi, dia mempunyai tiga nama, satu seperti namaku dan nama Bapaku, dan dia adalah Abdullah (Hamba Rasulullah). Allah), Ahmad (Yang Terpuji), dan nama yang ketiga ialah Al-Mahdi (Yang Diberi petunjuk).” – Ghaiba Al Tusi

Комментарии

Информация по комментариям в разработке