SPRM sambung tahanan reman anak MB Perlis sehingga esok

Описание к видео SPRM sambung tahanan reman anak MB Perlis sehingga esok

Tahanan reman terhadap anak lelaki menteri besar perlis dilanjutkan hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600 ribu ringgit sejak dua tahun lepas.

Selain itu tempoh reman empat lagi individu dalam kes yang sama turut dilanjutkan hingga esok.

Bagaimanapun seorang penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri berusia 20-an yang juga direman sebelum ini, dibebaskan setelah siasatan terhadapnya selesai.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке