20240223 - Pendedahan Fakta Pengadaian Tanah Melayu dan solusi

Описание к видео 20240223 - Pendedahan Fakta Pengadaian Tanah Melayu dan solusi

SOLUSI PENYELESAIAN KEPUPUSAN TANAH RIZAB MELAYU DAN TANAH RIZAB KERAJAAN


PENDEDAHAN FAKTA PENGGADAIΑΝ ΤΑΝΑΗ MELAYU

1. Kebenaran kesemua PTG negeri untuk mendedahkan status TRM secara terperinci.

2. Penyelidikan ini ditujukan kepada Kerajaan, setelah kajian mengenal pasti sebab sebab penyusutan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM). Antara penemuan yang ketara: pelupusan TRM (revoke) oleh Kerajaan Negeri, menjual tanpa pertimbangan, dan tanah tidak diganti dengan sama sifat nilai, akibat kedaifan sahsiah, hilang identiti dan jatidiri. Cadangan ini, merangkumi semua aspek TRM, mengemaskinikan dengan penyediaan garis panduan, penguatkuasaan, penambahbaikan pertingkatkan sistem pengurusan dan perekodan data secara menyeluruh disetiap negeri.

3. Menyediakan database lengkap bagi memperbaiki struktur pentadbiran dalaman Pejabat Tanah dan Galian di negeri- negeri dalam melindungi Tanah Rizab Kerajaan dan TRM. Pemetaan lengkap dimana terletaknya Tanah Rizab Melayu wajib di paparkan di kesemua Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG), supaya masyarakat Melayu mengetahui kedudukan sebenar. Supaya mereka tidak lagi DAIF dalam isu TRM. Undang Undang TRM setiap negeri wajib juga didedahkan bersama. Maklumat yang lengkap dapat membantu penyediaan "Blue Print" bagi menyelamatkan kedudukan Tanah Rizab Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mengariskan beberapa cadangan bertujuan untuk melindungi dan meningkatkan nisbah keluasan TRM, tetapi perlaksanaan kurang berkesan di sesetengah negeri.

Desakan ini diharapkan dapat mengatasi kelemahan pelaksanaan, menghentikan penganiayaan, peminggiran dan pelupusan terhadap Tanah Rizab Melayu, yang berlarutan sepanjang 100 tahun ini, diperlakukan sewenang-wenangnya (arbitrarily) semenjak tertubuhnya TRM.

4. Mengusulkan pemberian tanah kepada penduduk² Melayu yg terpinggir eg bekas tentera.

5. CADANGAN TAWARAN BARU Perancangan lonjakan anjakan projek mega yang julung julung kali diilhamkan. Pembangunan mantap berimpak tinggi bagi Tanah Rizab Melayu dan pemerkasaan ekonomi Pribumi Melayu.

6. Tubuhkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu, bagi tujuan pemantauan amanah, mencukupkan Hak Peruntukan TRM.

7. Menyediakan road map bagi tujuan jangka pendek dan jangka panjang agar perkongsian dan agihan kekayaan negara dapat dinikmati Pribumi, dengan solusi, mekanisme, panduan dan petunjuk kerangka kerja bagi membantu, merencana dan menyelaras cadangan pembangunan TRM.

8. Blue print - Pelan Induk, kerangka kerja dan pelan tindakan yang konkrit dan lengkap, Mampu menyediakan lebih 200,000 pekerjaan. Angka 'conservative' not overblown figure. Peluang menyertai bersaing dan berkongsi eksport barangan. Pribumi Melayu. 'Same level playing field' dengan bangsa asing.

9. Menubuhkan Bank Hartanah Melayu atau Bank MARA.

10. Tubuhkan "Exchange Centre Khas" untuk jual beli Tanah Rizab Melayu. Memperuntukan DANA, cadangan RM5 Billion bagi jual beli Tanah Rizab Melayu supaya tidak terjatuh ketangan bangsa asing.

11. Kerajaan harus fikir secara serious, satu KEMENTERIAN TANAH & HAL EHWAL PRIBUMI wajib ditubuhkan kerana Portfolio TRM ini terlalu besar. Tanah Rizab Melayu KELUASAN-nya setengah kawasan SEMENANJUNG. Yakni kurang lebih 6 Juta Hectares.

12. WE NEED A DEDICATED MINISTRY TO FUNCTION SUCCESSFULLY.

Cadangan ini diharapkan dapat menghentikan kerajaan Negeri daripada berterusan menjual Tanah Tanah Rizab Melayu dan Tanah Tanah Rizab Kerajaan secara berskala besar.

PERINGATAN:

➤ Kerajaan Negeri wajib lihat kembali tanah tanah yang dijual berskala besar dan berskala kecil kepada Bangsa Cina, ruang strata lapan kaki kebawah tanah yang mungkin mempunyai bahan bahan galian berharga. Jika ianya didapati mengandungi hasil galian, ia wajib ditarik kembali dan wajib diwartakan dan doigazettkan sebagai Tanah Rizab Kerajaan yang tidak boleh dijual.

➤ Penjualan Tanah Simpanan Kerajaan wajar dihentikan segera, kerana jumlah Tanah Simpanan Bangsa Asing kemungkinan besar melebihi Tanah Rizab Melayu. Perlu juga diingatkam disini niosbah penduduk Bangsa Cina hanya sekadar 23%. Nisbah Tanah Simpanan mereka sepatutnya tidak boleh melebihi peratusan ini.

➤ Pegangan Kuasa Memerintah memerlukan Tanah Simpanan yang besar.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке