SUKU MELAYU BUGIS DI TANJUNG PINANG,KEPULAUAN RIAU DARI 30 RUMAH HINGGA RIBUAN PENDUDUK

Описание к видео SUKU MELAYU BUGIS DI TANJUNG PINANG,KEPULAUAN RIAU DARI 30 RUMAH HINGGA RIBUAN PENDUDUK

SEJARAH KAMPUNG BUGIS DI TANJUNG PINANG KEPULAUAN RIAU
https://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bp...

Catatan lain ditemukan juga bahwa, Raja Kecil yang telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Maka, Raja Sulaiman, putera Sultan Johor-Riau-Lingga ke-11, Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil yaitu sultan dari bangsa/ kaum Bendahara yang pertama, menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk merebut kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.
Bugis menerima tawaran dari Raja Sulaiman, angkatan Bugis Luwok terus datang, kononnya dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau Kalah di dalam peperangan ini di tahun 1134. Sebagai mahar/upah/ucapan terimakasih, Raja Sulaiman setuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam.
Setelah Riau berhasil ditaklukkan, orang-orang Bugis Lu- wok balik ke Kelang untuk mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat menawan Riau kembali dari Raja Sulaiman; raja bendahara-bendahara. Yang tahu penawanan Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis Lu- wok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Di dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu dibawah kuasa kerajaan Johor- Riau-Lingga. Setelah mengetahui tentang penaklukan itu, pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk membalas.
Pihak Bugis Luwok telah terpecah, 20 buah kapal menerus- kan perjalanan menuju ke Riau. Sultan Sulaiman I telah datang dari Terengganu datang memberi bantuan untuk merebut kembali Riau. Dalam peperangan ini, mereka telah berhasil merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau dimana akhirnya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baru Johor-Riau.
Setelah mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Raja Kecil, raja kerajaan Johor-Riau-Lingga kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Raja Sulaiman. Pada tahun 1729, Bugis Luwok sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Ke- cil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Di- raja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudian naik sebagai Sultan Johor dengan membawa gelar”Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah” yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga.
Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau pertama. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah, dinikahkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah ketika menyerang raja kerajaan Johor-Riau. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak juga dijodohkan dengan Daeng Celak (1722-1760).
Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mate- ko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak kembali mengganggu ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Celak datang ke Kuala Selangordengan angkatan perang dari Riau. Akh- irnya daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudian lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Celak selalupulang pergi dari Riau ke Kuala Selangor.
Dilanjutkan ketika Daeng Celak berada di Kuala Selangor pen- duduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus me- netap di sana (Selangor). Walau bagaimanapun, Daeng Celak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, yaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu itu juga secara kebetulan datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Celak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Dari uraian sejarah diatas dapat disimpulkan bahwa Kampung Bugis merupakan wilayah balas budi untuk kaum bugis dari pihak kesultanan atas segala jasa yang sudah terbilang lama ditorehkan oleh kaum Bugis kepada Melayu.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке