NILAI NEGERI SEMBILAN MALAYSIA | DRONE VIEW

Описание к видео NILAI NEGERI SEMBILAN MALAYSIA | DRONE VIEW

Nilai merupakan bandar yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Bagi melancarkan sistem perhubungan, terdapat stesen KTM yang dihubungkan ke Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ia membolehkan Nilai menjadi bandar yang membangun. Projek pembangunan dapat dilihat sekitar Nilai. Dua kolej dan dua universiti yang terkenal terletak di Nilai: Kolej Universiti Antarabangsa Nilai, Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Sains Islam Malaysia, dan Kolej Universiti Islam Malaysia. Hasil daripada itu, bandar ini menempatkan para pelajar dari seluruh dunia. Pelajar-pelajar ini berasal daripada 30 negara yang dapat dilihat di Nilai.

Nilai menjadi bandar membeli-belah popular selepas pembukaan beberapa kompleks membeli-belas seperti Nilai 3 Wholesale Centre, Nilai Square, Mydin, Tesco Hypermarket dan Giant Hypermarket.

Masjid Kariah Pekan Nilai telah dibina pada 1982M.

Nilai mempunyai asal-usul dan sejarahnya yang tersendiri. Mengikut sejarahnya, Nilai dahulunya diletakkan di bawah luak Sungai Ujong yang ditadbir oleh waris di Darat yang ditadbir atau waris di Air. Di bawah Dato' Johan daripada waris di Darat terdapat tiga Dato' Lingkungan yang mengetuai tiga corak suku Batu hampar yang tertumpu di beberapa buah kampung. Keturunan lain termasuk dari Bentan yang tidak berdasarkan suku, tetapi mengikut kampung tempat tinggal masing-masing. Sebagai Dato' Lembaga waris Perut Hulu, Waris Telaga Undang Dato' Johan bukanlah titian balai kerana Dato' Andika adalah lebih kanan. Bagaimanapun kuasa yang diberikan oleh Dato' Kelana Putera bagi mengutip cukai sehingga tahun 1894 menunjukkan kedudukan Dato' Johan di sisi balai Undang adalah penting.

Dato' Johan yang ke-3 iaitu Dato' Maamor adalah Dato' Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujong ke-8. Sewaktu dilantik menyandang Pesaka Dato' Kelana Putera pun, Dato' Maamor masih belum dewasa. Ketika itu Pesaka Dato' Kelana Putera kosong sejak tahun 1887 apabila Dato' Mohd Yufof, Undang Luak Sungai Ujong dipecat. Disebabkan waris Perut Hulu tidak mempunyai anak lelaki yang boleh menyandang pesaka, maka anak-anak buah bersepakat melantik Dato' Maamor yang masih kanak-kanak itu menyandang pesaka Dato' Johan dan kemudiannya bergelar Dato' Kelana.

Wilayah kekuasaan Dato' Johan meliputi juga mukim Lenggeng yang termasuk didalamnya Kampung Mendum, Kampung Lenggeng, Kampung Sungai Jai, Kampung Hulu Beranang dan Kampung Dacing. Tiap-tiap kampung itu mempunyai ketua adat masing-masing yang dipanggil 'Tua Waris'. Terdapat juga suku orang Minangkabau yang bertumpu ke luak-luak lain di Negeri Sembilan sebelum mereka menetap di Kampung Lenggeng. Bagi menjamin kebajikan mereka di luak Sungai Ujong maka tiap-tiap suku itu diberi 'Tua Waris' bagi menjadi wakil mereka dalam urusan adat dan pentadbiran di Balai Undang Luak.

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam. Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.

More about travel please visit our at :-
🖥️ Facebook Pages:   / about  

📸Follow Ig: https://www.instagram.com/p/CBZetxxjf...

#KongsiTempatMenarikDiMalaysia
#djiMavicAir2
#ktmdmstudioviral
#MalaysiaTrulyAsia
#DreamNow
#TravelLater
#CutiCutiMalaysia
#ShareInterestingPlacesInMalaysia
#InterestingPlacesInMalaysia
#2020
#visitmalaysia
#Malaysia
#drone
#sepang
#djiMavic
#nilai
#tempatmenarikmalaysia
#tempatmenarikkelantan
#tempatmenarikpahang
#tempatmenarikterengganu
#tempatmenarikjohor
#tempatmenarikselangor
#tempatmenarikkualalumpur
#tempatmenarikperak
#tempatmenarikperlis
#tempatmenarikkedah
#tempatmenarikpulaupinang
#tempatmenariksabah
#tempatmenariksarawak
#tempatmenarikmelaka

Комментарии

Информация по комментариям в разработке