IRONBUTT MALAYA | KAPCAI | 1,600KM | 24JAM

Описание к видео IRONBUTT MALAYA | KAPCAI | 1,600KM | 24JAM

Hampa besa p kedah dengan johor balik hari naik waisuku? Nindia hampa tengok depa ni p... kematu mart.

IronButt Challenge atau IronButt Malaya adalah satu program yang ditubuhkan oleh sebuah Jawatankuasa dibawah naungan Saudara Belut Durjaseri (Belut TV).
Program ini terbuka kepada semua PENUNGGANG MOTOSIKAL tanpa mengira had cc motosikal.
Setiap penyertaan adalah terbuka tanpa mengira waktu/tarikh/laluan tertentu. Ini bermakna setiap peserta bebas untuk memilih waktu/tarikh/laluan yang sesuai untuk memulakan challenge.

Syarat - syarat :
1) Bermotosikal.
2) Lengkap 1,610km.
3) Tidak lebih 24 Jam.
4) Bukti gambar resit bercetak sahaja di sebelah ODO Meter.

Nota :
Clock-in = Masa & Tarikh memulakan cabaran
Clock-out = Masa & Tarikh menamatkan cabaran
*Clocking = Bukti resit lokasi yang dilalui sepanjang cabaran

Cth :
10 Mac 2022 _ 05:20am : Clock-in cabaran di Permatang Pauh.
10 Mac 2022 _ 06:48am : Clocking U-Turn di UUM, Sintok.
10 Mac 2022 _ 19:33pm : Clocking U-Turn di Petron Jln Tun Abdul Razak, JB.
11 Mac 2022 _ 04:24am : Clock-out cabaran di Permatang Pauh.

Pada video ini, kami bertiga memilih untuk menyahut cabaran pada 10 Mac 2022 (Khamis).
Perancangan mulakan cabaran pada jam 05:20pagi dengan memilih laluan Highway sebagai laluan cabaran dibuat.

Bermula di Permatang Pauh, Penang ke arah utara dan clocking sebelum melakukan U-turn di susur keluar UUM Sintok.

Kemudian meneruskan cabaran ke arah selatan melalui laluan Highway ke Stulang Beach, Johor Bahru dan membuat U-Turn dengan melakukan clocking di Petron Jln Tun Abdul Razak, JB.

Bergegas ke arah utara semula bagi menamatkan cabaran pada tempat yang sama cabaran ini dimulakan sebelum tamat tempoh masa 24 Jam.

Setelah selesai, semua peserta diminta untuk email segala bukti clocking yang dibuat sepanjang cabaran berlangsung ke Jawatankuasa Ironbutt Malaya untuk mendapatkan pengesahan.

Pihak Jawatankuasa akan segera membuat semakan dan penelitian sebelum anda ditawarkan dengan pakej pembelian cenderamata (berjaya shj). Antara cenderamata yang patut dimiliki dan disemat sebagai bukti kehebatan anda menyahut cabaran adalah seperti Sijil, Baju, Sticker & Patch.

Rasakan pengalaman ini sekiranya anda seorang rider yang kental. Kami sudah, anda bila?

Комментарии

Информация по комментариям в разработке