Pengalaman Menjalani Pembedahan Membuang Batu Hempedu

Описание к видео Pengalaman Menjalani Pembedahan Membuang Batu Hempedu

SEMINGGU YANG MENGINSAFKAN
.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang untuk saya menghirup udara segar pada hari ini dan kembali menulis untuk tatapan sahabat2 semua.
.
Untuk makluman kalian, usaha untuk menjalani rawatan selama hampir seminggu di sini telah berjaya dan pagi tadi Dr baru memaklumkan yang saya dah boleh discharge from hospital hari ini.. Alhamdulillah.
.
Kisah hampir seminggu menjalani rawatan membuang batu hempedu ini agak menarik untuk saya kongsikan sebagai panduan dan iktibar kepada kita semua.
.
Saya mula mengalami sakit di bahagian atas sebelah kanan perut sejak beberapa minggu lepas. Sakitnya umpama senak dicucuk-cucuk dibahagian tersebut. Diri tak kena, duduk tak kena, bila baring pon masih sakit hingga tak lena tidur dibuatnya. Mula-mula ingatkan gastric, so saya pergilah ke klinik untuk ambil ubat. Doktor di klinik tak syak apa-apa yang pelik, bagi ubat untuk gastric biasa dan menasihati saya untuk ke hospital jika masih rasa sakit selepas itu untuk menerima rawatan lanjut.
.
Khamis, 6 Jan saya diserang sakit yang sama. Kali ini memang dah tak tahan sangat, terus ajak isteri menemani saya ke hospital Columbia Asia Cheras untuk berjumpa Dr pakar pada keesokan harinya (7 Jan)
.
Dr tetapkan next appointment pada 10 Jan untuk prosedur scope dan scan. Sementara tu, saya diberikan ubat untuk tahan sakit. Pada hari yang ditetapkan, saya ke hospital untuk menjalani rawatan.
.
Hasil ujian scan dan MRI mendapati ada beberapa biji batu hempedu yang menyebabkan kesakitan tersebut. Batu Hempedu di saluran hempedu dan juga di hempedu itu sendiri yang mana semuanya perlu dibuang untuk mengelakkan masalah saya bertambah serius.
.
Daripada blood test juga mendapati fungsi hati saya juga dilihat terganggu akibat daripada masalah batu tadi (which may leads to jaundice / kekuningan)
.
Untuk membuang batu yang tersumbat di saluran hempedu, kaedah ERCP perlu dilakukan (menggunakan camera halus untuk masuk ke saluran yang tersumbat). Untuk prosedur ERCP tersebut, saya perlu menjalaninya di Hospital Columbia Asia Bukit Rimau kerana di Cheras, tiada pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan nya. ERCP perlu dibuat dahulu dan kemudian daripada itu, barulah prosedur membuang batu di hempedu saya boleh dilakukan.
.
Jadi, pada 11 Jan jam 5pm, saya dikejarkan ke hospital Columbia Asia Bukit Rimau dengan menaiki ambulans. Sesampainya di sana, saya terpaksa menunggu di bilik kecemasan kerana GL masih belum dikeluarkan oleh pihak Takaful. Hampir jam 9.30pm barulah GL diperolehi dan saya dibenarkan untuk masuk ke ward dan berehat.
.
Pada 12 Jan jam 2pm, saya menjalani rawatan ERCP di sana. Alhamdulillah, 2 biji batu yang block saluran hempedu saya telah berjaya dikeluarkan. Setelah itu, saya berehat dan tidur di ward pada malamnya.
.
13 Jan jam 6am, saya menaiki ambulans semula untuk dihantar kembali ke Cheras bagi menjalani rawatan membuang batu hempedu. Sampai di Cheras, saya berehat di ward sementara menunggu Dr datang. Ketika Dr melawat di ward, Dr memaklumkan bahawa sepatutnya, Operation kedua itu akan dilangsungkan jam 12pm tetapi ia terpaksa di postponed ke hari esoknya bilamana masalah GL daripada syarikat Takaful masih belum diperolehi ketika itu. Jadi, terpaksalah saya menunggu hingga esok untuk melangsungkan pembedahan kedua.
.
14 Jan, jam 1pm barulah pembedahan kedua dapat dijalankan. Ia berlangsung lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi berlaku dan akhirnya, 2 biji batu hempedu yang agak besar dapat dikeluarkan.
.
Kini saya tidak lagi mempunyai hempedu kerana telah dibuang bersama-sama dengan batu yang terdapat di dalamnya. Menurut Dr, akibat pembuangan hempedu tersebut tidaklah mendatangkan kesan besar terhadap kesihatan saya. Cuma saya perlu berpantang dan menjaga pemakanan selepas ini untuk mempercepatkan proses pemulihan.
.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada isteri saya Majdah Abdul Hamid yang tidak jemu-jemu melayan karenah saya ketika sakit. Terima kasih juga buat anakanda Misya dan Muqri serta seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang sentiasa bertanya khabar melalui telefon, FB, whatsapp dsb sambil mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya. Sesungguhnya, doa daripada kalian semua yang membuatkan saya kuat dalam mengharungi dugaan ini.
.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirimkan buah tangan sambil mendoakan kesejahteraan saya di sini. Saya amat menghargai keperihatinan kalian semua.
.
Terima kasih juga kepada para doktor dan jururawat Hospital Columbia Asia yang telah merawat saya sepanjang saya berada di Cheras dan Bukit Rimau sehinggalah saya dibenarkan discharge pada hari ini. Moga Allah jualah yang membalas jasa baik kalian.
.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
.
#COACHAIZAC #BATUHEMPEDU #GALLBLADDERSTONES

Комментарии

Информация по комментариям в разработке