[WACANA UMUM] Antara Taqdir Allah Dan Ujian-Nya Terhadap Manusia Di Dunia - Maulana Muhd Asri Yusoff

Описание к видео [WACANA UMUM] Antara Taqdir Allah Dan Ujian-Nya Terhadap Manusia Di Dunia - Maulana Muhd Asri Yusoff

https://darulkautsar.wordpress.com/
[WACANA UMUM] Antara Taqdir Allah Dan Ujian-Nya Terhadap Manusia Di Dunia - Maulana Muhd Asri Yusoff
Maulana Muhd Asri Yusoff
Masjid al-Ghufran, Perlis
5 Mei 2024

Website Menarik - https://syarahanhadits.school.blog/

CATATAN WACANA
[Kredit video - Pro Media Tajdid - https://www.youtube.com/results?searc... ]
[Kredit catatan wacana - Cikgu Mhd Nasser Long -   / mhdnasser.long   ]

A- MUQADDIMAH

1. Banyak persoalan-persoalan tentang kehidupan yang tidak mampu dijawab oleh akal manusia, walau sebagaimana bijak sekalipun.
- Walau manusia yang bergelar ahli falsafah, yang dikatakan berfikiran lebih jauh, tetap
akan kebingungan mencari jawapannya.
- Adalah rahmat Allah yang menjadikan manusia tidak banyak bersoal jawab tentang perkara sebegini. Cuma kalau bersoal jawab pun, tidaklah mendalam perbahasannya.
- Dalam pada itupun, persoalan sebegini sebenarnya tidak dapat dijawab tanpa panduan dari Al-Quran.

“Takdir dan Ujian adalah dari Allah.”

2. “Takdir dan Ujian” adalah dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara dalam kehidupan.
- Dari orang-orang biasa sehingga yang paling tinggi statusnya tidak akan terlepas daripada takdir dan ujian dari Allah.
- Orang yang tidak beriman kepada takdir dan ujian dari Allah tidak akan tidak bertemu jawapan kepada persoalan-persoalan ini.

3. Antara teka-teki yang mungkin bermain di kepala kita
- Kenapa kita dilahirkan di sini?
- Kenapa lahir di di Perlis, mengapa tidak di tempat lain?
- Mengapa kita jadi anak orang ini, tidak anak orang lain?
- Kenapa kita jadi anak sulung, tidak anak bongsu?
- Kenapa wanita ini jadi pasangan hidup kita?
- Selepas kahwin, mungkin dapat anak atau tidak?
- Apa agaknya nama anak kita nanti?
- Mengapa dapat anak yang sentiasa sakit?
- Mengapa aku diuji dengan kesakitan, mengapa tidak orang lain?

- Mengapa Nabi Muhammad yang dilantik jadi Rasul? Mengapa tidak aku yang dilantik? Apa kurangnya aku berbanding Baginda yang dilantik jadi Nabi?
- Kenapa aku dilahirkan ke dunia ini?
- Apakah ini yang kita inginkan?

Kalaulah kita tanyakan soalan ini kepada manusia, yang pastinya mereka tidak boleh menjawab, kecuali mereka yang percaya kepada Al-Quran.

Inilah yang dipanggil "takdir".
Kemudiannya, ada pula "ujian".
Kenapa kita diuji sebegitu sekali dengan berbagai-bagai ujian pula.
Ada orang yang diuji dengan kesusahan, dan ada orang yang diuji dengan kesenangan.

Semuanya adalah takdir dan ujian dari Allah s.w.t.
Semuanya adalah dalam ilmu Allah. Dia Maha Tahu secara terperinci.

[Kitab Al Mu’jam al-Mufahras (li Alfaz al-Quran al-Karim) dalam bab al-Ibtila' - ujian dan cubaan]

4. Ayat-ayat Al Quran yang menyebut prkataan "ujian" atau membincangkan tentang "ujian".

i. Surah Hud: 7 - Ujian siapa yang paling baik amalannya.
ii. Al Mulk: 2 - Ujian siapa yang paling baik amalannya.
iii. Al Baqarah: 155 & 156 - “Allah akan uji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, jiwa dan buah-buahan - ‘Ujian dalam bentuk musibah’
iv. Ali Imran:186 - “Kamu pasti akan di uji pada harta benda kamu dan diri-diri kamu.”
v. Al Aaraf:168 - “Uji mereka dengan ni’mat-ni'mat baik dan bencana yang buruk”
vi. Al Anbia:35 - "Kami (Allah) uji kamu dengan kesenangan dan kesusahan sebagai sebenar-benar fitnah (ujian)"

[Nota - Kadang-kadang "ujian" disebut dalam al-Quran sebagai "fitnah"]

Semua ujian sebenarnya adalah untuk "balasan" di akhirat.
Di sanalah tempat pembalasan sebenar!

Adakah manusia merasakan dia beriman sebelum di uji? (Al- Ankabut: 2-3)

Walaupun seseorang itu orang yang beriman dia juga akan Allah uji, mungkin dengan kesakitan dan sebagainya. Janganlah kita sangka bila kita beriman kita tidak akan diuji.

Sesungguhnya, semakin hebat orang itu, semakin kuat ujiannya!

Allah timpakan kesusahan, untuk menguji sama ada kita sabar atau tidak dengan kesusahan.
Adakah dengan ujian kita bunuh diri atau adakah kita berputus asa?
Allah boleh kurniakan kesenangan, Allah boleh uji pula dengan kejatuhan.
Allah nak tengok, bagaimana sikap kita bila jatuh .

Orang yang berilmu pun ada ujian.
Mereka akan dijemput untuk mengetuai majlis-majlis bid'ah seperti tahlil, maulud dan dijamu dengan makanan yang enak-enak.
Sebaliknya ada orang yang berilmu (yang benar) tapi tidak diberi tauliah mengajar atau ditarik tauliah (bila mengatakan yang benar).
Antara ujian kepada orang alim dan pandai, diberi pilihan sama ada hendak harta dunia atau hendak akhirat?
Ada orang agama yang menggadaikan agamanya untuk dunia.
Semuanya adalah ujian.
Oleh itu hendaklah kita bersabar kerana jika kita sabar, Allah akan beri kurniaan-kurniaan yang kita tidak sangka-sangka.

Anak yang ramai juga adalah ujian.
“Harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian bagi kamu” - [At Taghabun:15]
Kita tidak tahu siapakah anak yang paling bermanfaat kepada kita.
Ada anak yang sakit dari kecil dan terpaksa dijaga sehingga tua.

(SAMBUNGAN Di Ruangan Komen YouTube)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке