#udara_b

Описание к видео #udara_b

Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Utara di Indonesia. Majoriti orang Tenom adalah Murut dan sebilangan orang Kadazandusun serta Lundayeh.

Tenom kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti bukit-bukau yang penuh misteri dan lengkap dengan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis dan hidupan liar. Sungai-sungai yang hebat dan deras adalah seperti Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Di Daerah Tenom terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati oleh para pelancong. Taman Pertanian terletak di Lagud Seberang kira-kira 8 kilometer dari Pekan Tenom.

Sumber dari : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tenom

#Tenom #Sabah #Malaysia #Borneo

Комментарии

Информация по комментариям в разработке