Maulana Asri - Kenapa Perlu Berselawat Setelah Menyebut Nama Nabi Tapi...

Описание к видео Maulana Asri - Kenapa Perlu Berselawat Setelah Menyebut Nama Nabi Tapi...

𝗦𝗢𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 – 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗭𝗜𝗞𝗜𝗥 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛?

𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡: Kenapa kita disuruh untuk berselawat setelah menyebut nama Nabi Muhammad s.a.w. tetapi kita tidak disuruh menyebut subhanahu wa ta’ala, Allahu Akbar dan sebagainya setelah menyebut nama Allah, sedangkan Allah itu al-Khaliq (pencipta) sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. hanyalah makhluk?

𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡:

Kerana Allah itu al-Khaliq dan Muhammad itu makhluklah kita perlu berselawat kepada baginda, kerana sebagai manusia biasa, mempunyai perasaan. Baginda berasa sedih apabila diejek, dikeji atau dipersendakan orang lain. Baginda juga perlu menjalani kesusahan dan keperitan hidup sebagai manusia biasa. Dengan kata lain, baginda sentiasa terkesan dengan keadaan yang berlaku di sekeliling baginda.

Adapun Allah s.w.t., Dia tidak terkesan dengan apa yang dilakukan oleh sekalian makhluk-Nya yang lain. Kerana itulah Allah tidak perlu untuk didoakan, kerana hakikat selawat ialah doa, yang mana kita meminta kepada Allah supaya melimpahkan keselamatan, kesejahteraan, kebahagian dan sebaik-baik ganjaran kepada Nabi Muhammad s.a.w., kerana baginda telah bersusah payah untuk kita.

Hal ini berbeza dengan Allah s.w.t. yang tak pernah berasa susah. Untuk menjadikan alam ini, misalnya, Allah cuma perlu menyebut “𝗞𝘂𝗻” (Jadilah), maka alam ini pun terjadi. Allah juga tidak berasa sedih dan tidak perlu menjalani sebarang kesusahan seperti makhluk-makhluk-Nya yang lain.

Jadi, setelah Nabi s.a.w. bersusah payah begitu sekali demi kita, apa balasan kita kepadanya? Kalau kepada orang lain yang berjasa kepada kita, kita pasti berterima kasih kepadanya sebagai tanda mengenang budi, maka demikianlah juga yang seharusnya kita lakukan kepada baginda.

Hanyasanya Nabi s.a.w. telah wafat. Maka, Allah s.w.t. pun memerintahkan kita supaya berselawat kepada baginda untuk mengajar kita menghargai segala jasa dan penat lelah perjuangan baginda dalam menegakkan syi’ar Islam demi kemaslahatan seluruh alam.

Meskipun demikian, dalam amalan seharian, tetap juga kita menyebut “𝗦𝘂𝗯𝗵𝗮𝗻𝗵𝘂 𝘄𝗮 𝗧𝗮’𝗮𝗹𝗮” atau "'𝗔𝘇𝘇𝗮 𝘄𝗮 𝗝𝗮𝗹𝗹𝗮" selepas menyebut nama Allah, sebagai tanda adab kita kepada-Nya untuk menyatakan kelebihan dan ketinggian-Nya, tetapi itu bukanlah sebuah doa kerana Allah s.w.t. tidak berhajat kepada doa.

Wallahu a’lam.

---

🔗 𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡: https://www.galerimaulana.net/blog/ke...
📺 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢:    • Maulana Asri - Kenapa Perlu Berselawa...  
🪙 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛: https://toyyibpay.com/Infaq-Kuliah

Комментарии

Информация по комментариям в разработке