Dhalan Zainuddin - Mengapa Begini

Описание к видео Dhalan Zainuddin - Mengapa Begini

Dhalan Zainuddin merupakan seorang penyanyi Malaysia, terkenal dengan lagu "Kisah Seorang Biduan" lahir pada 2 Jun 1941
Ipoh Perak.
Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry. Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an. Di samping itu, beliau pernah menjadi kakitangan bagi akhbar New Straits Times.

Beliau telah berkahwin dengan penyanyi Effa Rizan pada tahun 1977. Beliau sebelum ini pernah menghidap angin ahmar pada 29 Jun 2016.
Dahlan meninggal dunia pada 28 Mei 2019 di Hospital Selayang pada usia 78 tahun akibat penyakit sama. Beliau meninggalkan balu, Effa dan tiga anak serta tujuh cucu.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке