Kenapa Orang Kaya Tak Berhenti Kerja

Описание к видео Kenapa Orang Kaya Tak Berhenti Kerja

Download Mobile Apps APHD Channel (Google Play dan Apple Store) dan langgan "Membership" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" dari APHD Channel
Klik link di bawah.
► https://linktr.ee/aphdchannel

Anda juga boleh Join APHD Membership di youtube Untuk Dapatkan Akses "Exclusive"
Klik link di bawah.
►    / @aphdchannel  

Sokongan "Membership" daripada anda dapat membantu kami menghasilkan lebih banyak video.

Sebarang pertanyaan boleh email kami di [email protected]
Terima kasih kerana terus menyokong kami.
--

Kenapa Orang Kaya Jutawan Dan Bilionare Tak Berhenti Kerja

Menjadi bilionair sudah tentu adalah impian semua orang. Mengikut rekod, terdapat kira-kira 2,700 orang bilionair di atas muka bumi ini. Bagi hartawan bilionair, perbelanjaan mereka tersangatlah sukar untuk dibayangkan.

Ini kerana bagi orang kebanyakan, nilai kekayaan bilionair ini tidak terjangkau akal kerana nilainya yang sangat besar. Dan nilai kekayaan berbilion-bilion ini, bukanlah satu pengalaman yang boleh dirasai oleh semua orang. Tetapi yang menjadi persoalan ialah kenapa golongan kaya raya ini, masih memilih untuk terus bekerja daripada berhenti kerja, dengan menghabiskan sisa hidup dengan kekayaan yang sudah dimiliki?

Ada sebilangan daripada golongan orang kaya ini, telah lama mengumpul wang lebih dari diperlukan bagi membolehkan mereka berhenti kerja selama-lamanya. Namun, daripada pergi ke pantai untuk percutian mewah, ramai orang kaya yang memilih untuk kekal dalam pekerjaan, dan bukannya berhenti kerja. Golongan profesional kaya ini sebenarnya betul-betul komited dalam pekerjaan mereka.

Bagi rakyat kebanyakan, sudah pasti setiap dari kita pernah mengimpikan untuk menjadi jutawan dan orang kaya. Bersama-sama dengan impian dan angan-angan itu, sudah pasti juga ada beberapa perkara yang ingin sangat kita lakukan, dan antaranya ialah untuk berhenti kerja atau bersara awal, seterusnya berehat dan menikmati kekayaan yang diperolehi. Tetapi berbeza dengan bilionair atau golongan profesional kaya raya sebenar di dunia ini, mereka nampaknya memilih untuk terus bekerja keras, dan menumpukan lebih daripada 40 jam seminggu dalam pekerjaan atau perniagaan, walaupun hakikatnya mereka mempunyai wang yang lebih daripada cukup, untuk menghabiskan sisa hidup mereka di atas kapal mewah.

Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa orang kaya yang memegang status bilionair, memilih untuk terus bekerja. Teruskan menonton.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке