Hail Amir, Sanisah Huri & A. Ramlie - Hari Jadi

Описание к видео Hail Amir, Sanisah Huri & A. Ramlie - Hari Jadi

Lagu Hari Jadi nyanyian Hail Amir, Sanisah Huri dan A. Ramlie ini hanya kedapatan secara sedutan filem Dendang Perantau sahaja kerana melalui album soundtrack yang diterbitkan untuk filem tersebut, suara Hail Amir digantikan dengan suara penyanyi dan dramatis radio dari Singapura M. Ramlee. Ini adalah disebabkan masalah kontrak rakaman kerana semasa album tersebut diterbitkan pada tahun 1979, Hail Amir masih lagi terikat sebagai artis rakaman syarikat EMI sedangkan album ini diedarkan oleh WEA.

Lagu ini adalah ciptaan dan gubahan Kassim Masdor dan lirik oleh Jamil Sulong. Dengan kemunculan ramai artis terkenal menghiasi lagu ini, khususnya Uji Rashid sebagai watak yang diraikan serta Latiff Ibrahim, Azlina Aziz,, Liza Aziz, Julie Dahlan, Maria Kamal, Normadiah, Mahmud June, Umi Kalthum, S. Romai Noor dan ramai lagi adalah diharapkan semoga anda terhibur!..

Комментарии

Информация по комментариям в разработке