Pelancong Malaysia nombor satu melawat Krabi

Описание к видео Pelancong Malaysia nombor satu melawat Krabi

Wilayah Krabi ialah permata Laut Andaman, terletak di pantai barat di Selatan Thailand dan menawarkan pantai berpasir halus, pulau-pulau indah sama ada bersaiz besar atau kecil, hutan bakau yang subur, gunung, stalaktit dan stalagmit, kafe dan kedai yang menawarkan pelbagai makanan lazat. Krabi ialah destinasi yang mempunyai sesuatu untuk semua orang.

Krabi berada di kedudukan kelima di Thailand dari segi hasil pelancongan, selepas Bangkok, Phuket, Chonburi dan Chiang Mai. Wilayah ini menyaksikan kira-kira enam juta pelancong setiap tahun, dengan musim kemuncaknya bermula daripada November hingga April.

Pertumbuhan pelancongan berterusan sekali gus menyebabkan sistem ekonomi di wilayah itu terus berkembang pesat, yang dianggap memberi manfaat kepada pembangunan secara keseluruhannya. Namun pada masa yang sama terdapat kesan negatif disebabkan jumlah pelancong yang ramai.

Sebagai contoh, sumber alam telah musnah. Justeru, bagi menangani perkara ini, pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan inisiatif "Krabi 365 Days", bertujuan mengagihkan semula lawatan pelancong sepanjang tahun, termasuk ketika di luar musim atau "musim hijau" (Mei hingga Oktober), tempoh yang dicirikan oleh hujan bermusim.

Hasil pelancongan di Krabi telah mengalami purata pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus. Pada 2018, hasil daripada pelancongan diunjurkan mencecah 100 bilion baht, peningkatan daripada 96 bilion baht yang dicatatkan pada 2017. Majoriti pelawat ke Krabi adalah dari China dan Malaysia, dengan pelancong Scandinavia juga menonjol dalam kalangan ketibaan antarabangsa.

Sepanjang tahun lalu, kira-kira 120,000 pelancong Malaysia tiba di Krabi melalui udara.

Baca lagi dalam apakhabartv.com

Комментарии

Информация по комментариям в разработке