Tahap I (2022) | Sains (Tahun 1): Tubuh Manusia Dan Deria

Описание к видео Tahap I (2022) | Sains (Tahun 1): Tubuh Manusia Dan Deria

Tajuk: Sains (Tahun 1): Tubuh Manusia Dan Deria
Guru: Suwaibah Abdullah
Episod Sains ini berkisarkan mengenai topik Deria Manusia di mana berfokuskan kepada aktiviti pembelajaran bagi mengenal pasti bahagian tubuh manusia seperti mata, telinga, hidung, lidah dan kulit . Penerangan secara mendalam tentang fungsi setiap organ deria akan diberi melalui aktiviti padanan di mana mata berfungsi sebagai deria penglihatan, telinga deria pendengaran, hidung sebagai deria hidu, lidah untuk merasa dan kulit berfungsi sebagai deria sentuhan. Aktiviti hands on juga akan dijalankan bertujuan mengukuhkan lagi penguasaan tentang fungsi organ deria seperti aktiviti menyentuh pelbagai jenis permukaan, melihat untuk membezakan warna dan bentuk sesuatu objek serta menghidu untuk mengesan pelbagai jenis bau.
Murid akan dibimbing untuk membuat pengelasan objek berdasarkan ciri-ciri yang dikenalpasti dengan menggunakan pelbagai deria. Kaedah main peranan, penerangan, perbincangan, soal jawab dan aktiviti hands on akan dilaksanakan sepanjang proses pembelajaran ini. Di samping itu konsep didik hibur turut diterapkan.Bahan bantu mengajar yang akan digunakan seperti slaid powerpoint, video, poster dan bahan maujud dijangka akan membantu murid menguasai pengetahuan tentang topik ini. Selain itu sikap saintifik dan nilai murni akan diterapkan secara langsung atau tidak langsung.

#DidikTV #TahapI

Комментарии

Информация по комментариям в разработке