“LOGHAT PERAK SEBATI DALAM DIRI,” PAK WEE @WEE FOOK SEONG

Описание к видео “LOGHAT PERAK SEBATI DALAM DIRI,” PAK WEE @WEE FOOK SEONG

Ruangan : Wawansabda Bahasa
Editor : Yusaida Yusof
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn
Jurufoto & Videografer : Azrul Azizi Aziz
Lokasi : Rimbun Gasing, Petaling Jaya
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : Julai 2024
“LOGHAT PERAK SEBATI DALAM DIRI,”
PAK WEE @WEE FOOK SEONG

Oleh : Rosli Mohd Nordin

Benarlah kata-kata pujangga, jangan menilai seseorang itu secara luarannya sahaja,
kenali dan amati barulah kita dapat membuat satu dapatan yang lebih jelas mengenai
peribadi individu yang baru kita kenali. Itulah yang sewajarnya menjadi pegangan
semua rakyat Malaysia di negara yang didiami oleh pelbagai etnik, ras dan kaum.

Berbalik kepada ruangan rencana utama majalah Dewan Bahasa iaitu ruangan
Wawansabda Bahasa kali ini menjemput seorang lagi pempengaruh yang tidak asing
lagi di pelantar media sosial khususnya TikTok. Pak Wee atau nama sebenarnya Wee
Fook Seong amat sinonim dan amat dikenali dalam kalangan pengikutnya kerana
kefasihan beliau “bersoreh” (bercakap atau berbual) dalam Bahasa Perak.

Tidak sahaja fasih dan pekat loghat Peraknya, malah gaya penyampaian dan bahasa
tubuh Pak Wee ketika membuat review produk atau mempromosi kedai makan-kafe
memang tidak langsung menonjolkan kecangungan anak peneroka generasi kedua
Felda Lasah, daerah Sungai Siput (Kuala Kangsar, Perak). Maka adalah tidak
mengejutkan jumlah pengikut Pak Wee di pelantar TikTok (@pakwee_oe) mencecah
400 ribu orang pengikut, manakala pelantar TikTok kedua beliau iaitu
PakWee_KuluKilio mencecah hampir 90 ribu orang pengikut.

Ikuti temuramah penulis bersama Pak Wee yang dirakam di Studio Rimbun Gasing,
Petaling Jaya.

Latar belakang Pak Wee.
Saya dilahirkan di Taiping dan dibesarkan di Felda Lasah. Saya merupakan anak lelaki
tunggal dan dibesarkan oleh ibu saya bernama Lim Yook Lan, bapa saya meninggal
dunia ketika saya berumur tiga tahun. Saya telah berkahwin, isteri saya bernama Lim
Yook Lan dan saya mempunyai empat orang cahaya mata.

Mengimbau kembali saat saya membesar, pelbagai kenangan manis saya lalui yang
telah membentuk jati diri dan cara saya beradaptasi dengan persekitaran saya. Saya
membesar dalam kalangan orang Melayu, boleh dikatakan semua adat istiadat dan
cara hidup orang Melayu di Felda Lasah menjadikan jiwa saya amat sebati dengan cara
hidup dan budaya orang Melayu walaupun fizikal saya seperti lelaki Cina yang lain.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке