PNB 118 with Styfly STUDIO June Updates Series 1

Описание к видео PNB 118 with Styfly STUDIO June Updates Series 1

KL118
Maklumat umum
Status Dalam pembinaan
Jenis Pusat beli belah
Bangunan pejabat
Hartanah perumahan
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi 682 m (2,238 ft)
Reka bentuk dan pembinaan
Arkitek Fender Katsalidis
Pembina Permodalan Nasional Bhd.
KL118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit dengan jumlah 118 tingkat setinggi 644 m (2,113 ft), yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tersebut mempunyai bajet sebanyak RM5 bilion.[3] Apabila siap kelak pada 2020, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Bangunan Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat[1][4] dan terdiri daripada 400,000 meter persegi ruang kediaman, hotel dan komersial.[5]


Tapak pembinaan KL118 pada 13 November 2016 dilihat dari utara.
Ia sedang dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.[3] Projek itu akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).[6]

Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[7][8]

Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[9][10]

Kritikan[sunting | sunting sumber]
Ramai yang mengkritik projek ini, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu projek yang membazir dan dana RM5 bilion boleh digunakan untuk sebab-sebab lain seperti aspek kemiskinan, pendidikan dan jalan raya.[6]

Sebagai tindak balas kepada kritikan, Perdana Menteri berkata bahawa projek itu bukan merupakan satu pembaziran dan akan membawa lebih banyak faedah.[6]

Pada permulaannya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ft), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ft). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang

Комментарии

Информация по комментариям в разработке