'Kejam potong elektrik drastik, kami nak pergi mana?' - Penduduk Kg Sungai Baru

Описание к видео 'Kejam potong elektrik drastik, kami nak pergi mana?' - Penduduk Kg Sungai Baru

Penduduk di Kampung Sungai Baru hari ini memohon pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan berhubung isu pampasan tanah milik mereka.

Ini selepas kemudahan utiliti mereka seperti air dipotong dua minggu lalu manakala elektrik pula dipotong semalam tanpa memberi notis awal, menurut penduduk.

Mereka antara kumpulan penduduk yang masih tinggal di kampung berkenaan walaupun sebahagian besar telah menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

Sementara itu, bekas menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyelar tindakan pihak berkuasa memotong bekalan elektrik dan air di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dan menjejaskan kira-kira 37 keluarga yang masih tinggal di situ.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке